Alat bantu mengajar ini adalah berasaskan kotak yang dapat diaplikasikan untuk melipat baju dengan cepat dan lebih kemas. ABM ini dapat membantu pelajar pendidikan khas dalam perkembangan motor halus mereka dan sekaligus melatih diri mereka untuk mempelajari cara dan kemahiran pengurusan diri yang betul. Bahan untuk membuat kotak lipat baju ini juga senang didapati dan sangat mudah untuk dibina.
3. Tugasan Video (Mengenali Haiwan)
4. Tulisan Ilmiah Kumpulan
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(P&P) DALAM BILIK DARJAH
PENDAHULUAN
Tulisan ilmiah ini membincangkan
kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia pendidikan pada
alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa
sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu
serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab
terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada
dunia.Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam
dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru
sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat
melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola
dalam masyarakat.
Transformasi sistem pendidikan di abad ke-21 ini menuntut
warga pendidik di seluruh dunia untuk menguasai teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) secara optimum kerana keupayaan ICT dalam menambahbaik sistem
pendidikan sudah terbukti dan seolah-seolah sudah menjadi satu kayu pengukur
untuk menentukan standard pendidikan di setiap institusi pendidikan. Teknologi
komputer khususnya, merupakan salah satu cabang utama ICT yang tidak dapat
dinafikan sangat berupaya untuk membantu guru meningkatkan proses pengajaran
dan menyediakan sumber untuk pembelajaran pelajar. Boleh dikatakan bahawa
peranan utama teknologi komputer dalam pendidikan adalah untuk membantu
memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
perkataan lain, para guru harus inovatif dalam mengaplikasikan teknologi
komputer terutamanya dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi
semasa proses pengajaran dijalankan dalam bilik darjah.
Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu
pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan
minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan
cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu
para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima
perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar
dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan
bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan
1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual
dan memudahkan pengiraan kompleks.
2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan
yang minimum.
3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi
dengan lebih cepat dan tepat
4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin
sukar diperoleh dalam keadaan biasa
6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan
berbentuk penerokaan.
7) Memupuk sifat ingin tahu
dan ingin mencuba di kalangan murid.
8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
9) Menggalakkan murid merealisasikan:
- Pembelajaran terarah kendiri
- Pembelajaran akses kendiri.
Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia
Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan
penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan
merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti,
memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang
digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT. Sektor
pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan
ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam
pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai
hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber
pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada.
Pengaruh dan kemajuan era ICT
mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran
dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui
pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat
yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bagsa yang
mementingkan perkembangan intelektualyang dirintis oleh kemajuan dunia
pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan
penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.Menurut Mohamed
Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem
Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke-21,negara menghadapi
cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari
segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru
sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.
Kajian turut mendapati
pembelajaran menggunakan komputer dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan
mengurangkan masa pengajaran (Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki &
Herzig, 2002). Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah,
pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan
pengetahuan kepada situasi baru mengikutgaya pembelajaran mereka (Alessi &
Trollip, 2001). Sesuatu masalah dapat diulangkaji
dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu, multimedia membolehkan pelajar mengulangi pelajaran
secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran
yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
Selain itu,teknologi komputer
berguna dalam menjadikan pendidikan lebih produktif. Heinich (1993) menyatakan
komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak.
Penggunaannya juga akan memberikan kelainan(variasi) kepada kaedah mengajar,
misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (misalnya penggunaan perisian
pembelajaran). Penggunaan teknologi dalam pendidikan akan mempercepatkan kadar
pengajaran dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan.
ISU 1
FAKTOR GURU
i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer.
Walaupun ramai guru yang telah
bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam pengajaran tetapi masih
ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional relevan dengan
sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan
dengan berkesan.
ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan.
Terdapat tiga jenis
kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan computer iaitu:-
1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.
2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari
teknologi tinggi.
3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja
kerana mahir dalam penggunaan komputer.
iii) Masa dan beban tugas guru :-
Penggunaan komputer dalam pengajaran
memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan
diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta set up bahan
pada komputer sebelum kelas dimulakan dengan bilangan waktu mengajar yang
banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu,
sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar
dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha
peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi
ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka
perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.
Menurut Mazniza Muhamad (2004)
kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang
menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran.
Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala
sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong
perlaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008).
iv) Kekurangan kemahiran
komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P-
Proses pengajaran memperalatkan ICT
menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan
multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti
rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh
kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru
dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik,tetapi keinginan
guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuan saja
kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer
dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap
yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu,
guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan
perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia,
persembahan grafik, melelektronik dan laman web dalam pengajaran.
ISU 2
FAKTOR SEKOLAH
Peranan dan sikap pengetua-
Sikap pihak pengurusan sekolah
(pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar
dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh
memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan
kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan
masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.Melalui enam
isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan teknologi instruksional
di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikan hasrat
membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran
teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD
dan disebarkan diseluruh negara.
3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga
kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras.
4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang
berkaitan teknologi instruksional.
5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi
instruksional melalui motivasi intrinsik.
6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab
untuk menyediakan keperluan teknologi instruksional.
7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan
pentadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat.
8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan
teknologi instruksional berbanding pedagogi.
Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan.
Disebabkan penekanan kepada
pencapaian di dalam periksaan guru-guru diarahkan memberikan latihan sebanyak
yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Buku latihan pelajar-pelajar akan dipantau
dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan guru menjalankan
arahan yang diberikan. Penekanan kepada pemantauan buku latihan yang dibuat oleh
pelajar menyebabkan guru tidak berminat menggunakan perisian di dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Penggunaan kaedah biasa seperti buku
latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guru berbanding dengan
memberikan latihan melalui penggunaan ICT kerana buku-buku tersebut menjadi
bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang diarahkan oleh
pentadbir sekolah.
Penekanan yang berlebihan kepada
peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspek lain seperti pengajaran
menggunakan ICT. Peperiksaan dianggap perkara yang sangat penting sama ada oleh
guru, pelajar dan ibubapa. Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayu pengukur
kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan peranan dengan
menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan timbulnya budaya atau
fenomena berikut:
·
Mengajar
dan belajar untuk peperiksaan.
Guru hanya memfokuskan kepada isi
kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar
untuk mengingati model jawapan. Guru akan memberikan latihan secara berterusan
hingga mengabaikan kaedah pengajaran menggunakan ICT yang dianggap mengambil
masa semasa hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran.
·
Menghabiskan
sukatan pelajaran seberapa segera.
Guru akan berusaha
bersungguh-sungguh menghabiskan sukatan pelajaran dengan secepat mungkin dengan
harapan masih mempunyai masa memberikan soalan latih tubi bagi persediaan
pelajar menghadapi peperiksaan hingga ada masanya guru sekadar ‘ menunjuk dan
memberitahu’ sesuatu konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan
pelajar memahami konsep tersebut.
·
Pembelajaran
yang lumpuh.
Istilah ini diutarakan oleh bekas
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran , Tan Sri Wan Zahid Nordin. Menurut beliau
pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang
berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang
berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep
penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
ISU 3
KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN
Satu cabaran penting pendidikan di
sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan
semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad kepada golongan tertentu
sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengira status
ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
1. Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada
bilangan pelajar.
Bilangan komputer yang disalurkan
bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan
komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar. Bilik komputer di sekolah
digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer
dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu
masa. Justeru itu kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus
kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini
sebenarnya tidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam
proses pengajaran danpembelajaran setiap masa. Program Pengkomputeran sekolah
semakin diberi perhatian kerana untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah
supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah.
Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akan dapat berdepan dengan
kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Walaupun hampir semua
sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak dapat
akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang
dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas.
Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh
kerosakan teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah
sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa
pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggu kelancaran penggunaan
komputer dalam pengajaran.
2. Pembekalan yang tidak berkualiti.
Mutu peralatan ICT yang rendah boleh
mengganggu proses penggunaan ICT dalam pengajaran. Ramai guru menyatakan
komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan ada yang sudah ketinggalan zaman.
Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologi komputer. Oleh itu
komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat
yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan
pelajar-pelajar.Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan
komputer yang tidak cekap di sekolah.
3. Masalah penyenggaraan makmal komputer di sekolah.
Makmal komputer di sekolah
sememangya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan.Banyak makmal di sekolah
tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan.Walaupun kerajaan
telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah ini masih
tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di
dalam makmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada
mudah rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal
sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka
kerja-kerja penyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi
maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin
bertambah.Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya
terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Kadang-kala terdapat juga
kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran menyenggarakan
komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada
pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yangbesar dan proses P&P
juga terganggu. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan
banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya
terabai.
4. Perisian computer
Alat ICT yang selalu digunakan untuk
pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang
disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.Perubahan ini seiring
dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang
berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai
maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan perkembangan
ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia.
Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada
komponen.Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.Kesilapan
dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan
tenaga,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke
arah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh
pelajar untuk mempelajari sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih
dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar.
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan
ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.
Cadangan mengatasi Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan.
Pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu:
·
memperbaiki
infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur
tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.
·
meningkatkan
infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan
untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
·
wujudkan
jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD
·
sediakan
peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
·
wujudkan
prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran
·
pihak
pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi pihak KPM pula perlu memberi fokus beberapa perkara iaitu:
·
menyelenggara
peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu.
·
menyediakan
infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar bandar dan pedalaman.
menyediakan kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan
keperluan dan kesesuaian
·
memastikan
kemudahan fizikal bangunan pendidikan diselenggara untuk memenuhi piawai,
keperluan dan kesesuaian memastikan bekalan air bersih dan elektrik di semua
sekolah.
ISU 4
JURANG ICT DAN DIGITAL
Jurang digital bermaksud terdapatnya
jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yang lain di dalam mengakses
kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami dan menggunakan
maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang digital ialah:
- · Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT.
- · Faktor Geografi,iaitu tempat tiada liputan internet dan bekalan elektrik –
- · Faktor Kemahiran Komputer iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat –
- · Faktor Kemahiran Bahasa Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik
Pelbagai inisiatif dijalankan untuk
merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif-inisiatif ini datangnya
daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasa komunitidan menjana
ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang
minda.Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia adalah bertujuan untuk
mewujudkan jalinan pengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di
dalam bidang ekonomi, sosial dan akses kepada informasi dalam membantu
masyarakat menjadi lebih berpengetahuan.
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam
masyarakat terutama dan segi ekonomi,pendapatan, pendidikan, kemudahan
infrastruktur pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT
dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan dinegara ini perlu
memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang
berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion
keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT
dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan
peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan
pelajar miskin dan luar bandar.
ISU 5
PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMA
Guru-guru dan pelajar didapati
menyalah gunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web
yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial
Myspace, Friendster dan sebagainya. Selain daripada portal-portal
sosial,permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan
pelajar sekolah masakini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu
meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal. Memandangkan internet telah
menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah
tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi
masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh
guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran
sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan
di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Pelajar
sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan
internet dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini
terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi
kegilaan pelajar masa kini.
KESIMPULAN
Harapan Negara untuk melahirkan
modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa
depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat
dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagai pengguna yang
bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat
ini.Penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk
menjadi Negara yang berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang
timbul. Bagi menjayakan integrasi teknologi komputer yang lebih optimum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran,ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan
guru, pentadbiran dan juga kementerian. Faktor penghalang integrasi teknologi
dalam pendidikan, perlu diberi perhatian dalam memastikan bidang akademik tidak
keciciran dari mengikuti geombang arus ICT. Oleh yang demikian, sebagai petanda
permulaan yang serius, guru perlulah diberi ilmu pengetahuan dan panduan supaya
mereka berkemampuan boleh menggunakan segala kemudahan dan bahan-bahan
teknologi pendidikan terkini. Ini membolehkan guru lebih bersedia menghadapi
cabaran dan kemajuan yang pesat dalam perkembangan teknologi.
Rujukan
1.
Alessi,
S.M. & Trollip,S.R. (2001). Multimedia for learning: Methods and
Development.
2.
Massachusetts:
Allyn & Bacon. Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg
(ed), Developing a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.
3.
Heppell,
S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the progression
and evolution of education computing against a background of change, Journal of
Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229-238.
4.
Laurillard,
D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal
of Educational Technology, 23, 164-171.
5.
Mc
Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning environment.
International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.
6.
Mohd
Amir Sharifudin Hashim (1986). Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid
Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian
Agama Islam.
7.
Rosenberg,
J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital
age. U.S.A: McGraw-Hill
8.
Schaumburg,
H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund,
A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany
and at the University of Education Heidelberg.
9.
Shahabuddin
Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan teknik
mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
10.
Stallard,
C. (1998) . Factors that influence the integration of technology into the
secondary curriculum.
11.
Yahya
Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa,7(2), 32-35.
No comments:
Post a Comment