DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan
disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:kebolehan
kognitif tingkahlaku sosial / perkembangan sosial penguasaan bahsa lisan/pertuturan
penguasaan membaca kemahiran perkembangan (developmental skills) kemahiran
matematik.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat
banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang
mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti
dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
Ciri-ciri fizikal
Bentuk
badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan
kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah
keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih
kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri intelek
Terdapat
kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu
yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka
mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan
dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima
pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan
kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang
dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada
peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai
bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah
kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada
pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi
mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak
biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang
sama dengan mereka.
RASIONAL
Kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang
sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya
sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan
pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi
keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan,
budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum
kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi
membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini
membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak,
nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat
yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
Setiap
orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk
membolehkan mereka:
- Menguasai kemahiran komunikasi
- Menguasai kemahiran bergaul
- Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.
- Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
- Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
- Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
- Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
- Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
- Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS
1. AUTISM
Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.
Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
MASALAH KESIHATAN
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Sang,M.S,(2000).Pendidikan
Di Malaysia .Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
1. AUTISM
Ciri-Ciri dan Petanda Autisme (The Signs of Autism)
Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.
Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.
Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
- Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
- Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
- Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
- Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
- Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
CIRI-CIRI
FIZIKAL
Sekarang
ini sering mendengar tentang autisme, yang banyak terjadi kepada anak-anak. Ini
disebabkan ibu bapa lebih peka da mengambil berat akan pekembangan anak-anak.
Perkembangan yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini
amat sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain.
Autisme
adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk gangguan tingkah laku sosial dan sukar untuk
berbicara. Data statistk menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan mental
retardasi.
Di
Amerika syarikat, seorang anak dinyatakan kanak-kanak autisme setelah berusia
enam tahun setelah mengalami pemeriksaan yang rapi. Manakala, di Indonesia,
menjelang dua tahun ibu bapa telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak
autisme disebabkan tidak boleh berbicara dan terdapat cirri-ciri kanak-kanak
autisme. Kemudian, pemeriksaan oleh pakar juga akan dilakukan.
Sehingga
kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat penyebabnya. Tetapi,
dari penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan pada otak yang
disebabkan gangguan perkembangan pada saat kehamilan dan gangguan hati yang
menimbulkan gangguan saraf dan jiwa.
Dengan
itu, ciri-ciri yang ada boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan
lebih awal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini.
Antaranya ialah berlaku sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku
berkekalan, sukar berhubung secara bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar
menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia juga sukar memberhentikan dari
perlakuan yang berulang, gemar menyendiri, tidak mengendahkan keadaan
sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di samping itu, ia juga
berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang pendiam, sangat
menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk mengubah sesuatu
yang telah dilakukannya setiap hari.
Dalam Seminar bertajuk Autisma dan
Penanganannya beberapa waktu lalu, Dr Melly Budhiman (Ketua Yayasan Autisma
Indonesia) menghuraikan autisma sebagai gangguan perkembagan yang luas dan
berat. Gangguan perkembangan tersebut mencakupi bidang kounikasi, interaksi dan
perilaku. Gejala ini timbul sebelum anak mencapai usia tiga tahun. Pada
sebahagian anak, gejala tersebut sudah nampak sejak lahir.
Penyebabya,
gangguan pada perkembangan susunan saraf pusat yang mengakibatkan fungsi otak
terganggu. Autisma biasa terjadi pada sesiapa sahaja. Perbandingan antara
lelaki dan perempuan adalah tiga nisbah satu. Seseorang ibu yang sentiasa peka
memantau perkembangan anaknya akan mudah melihat beberapa keganjilan sebelum
anak itu mencapai usia satu tahun. Perkara yang paling menonjol adalah sangat
kurangnya kontak mata.
Sebahagian
kecil pesakit autisma sempat berkembang normal. Namun, sebelum mencapai usia
tiga tahun, perkembangannya terhenti. Kemudian mulai nampak gejala-gejala
autisme. Biasanya gejala-gejala tersebut kian jelas setelah anak mencapai usia
tiga tahun.
Namun
begitu, terdapat beberapa gejala yang boleh berlakunya autisma ini. Antara
gejala-gejala tersebut ialah terjadinya gangguan komunikasi verbal mahupun
non-verbal seperti terlambat berbicara, meracau, sering meniru, sering menarik
tangan orang yang berdekatan agar melakukan sesuatu untuknya. Selain itu,
terjadinya gangguan interaksi sosial seperti menghindari tatapan mata orang
lain, lebih asyik bermain sendiri, dan menolak bila dipeluk.
Di
samping itu, berlaku juga gangguan pada perilaku yang berlebihan, misalnya
tidak boleh diam dan mengulang-ulang gerakan tertentu.atau gangguan perilaku
kekurangan, misalnya diam dengan tatapan mata kosong atau bermain sambil
menonton. Malah, terjadinya gangguan emosi iaitu tidak ada atau kurangnya
empati, tertawa-tawa, menangis atau marah-marah sendiri dan sering memgamuk.
Selain itu, terjadi juga gangguan persepsi sensoris seperti suka mencium-cium
atau menjilat-jilat benda apa saja, sukar untuk mendengar suara keras, dan
tidak boleh diraba.
Untuk
mendiagnosis autisme infatil, menurut Melly, tidak memerlukan pemeriksaan
canggih seperti CT-scan. Diagnosis ditegakkan berdasarkan gejala klinis yang
tampak, yang menunjukkan penyimpangan.
Dalam
pada itu, mereka yang sedemikian hanya berminat tentang diri mereka sendiri dan
sangat menarik diri dari kenyataan. Pada anak-anak ini, kelainan perilaku ini
terlihat dari ketidakmampuan anak tersebut berhubungan dengan orang lain.
Seolah-olah mereka hidup dalam dunianya sendiri dan menggunakan bahasa atau
ungkapan yang difahami oleh mereka.
Namun
begitu,mereka menunjukkanciri-ciri seperti perkembangan terlambat, terutama
dalam perlakuan dasar hidup bermasyarkat. Mereka juga yang mengalami masalah
ini suka bermain sendirian atau tidak mahu berkumpul dengan anggota keluarga
atau orang lain. Malah, mereka juga lesu dan tidak pedulikan orang lain yang
cuba untuk berkomunikasi dengannya.
Selain
itu, mereka ini sedikit atau tidak mempunyai kontak mata. Di samping itu,
mereka mengerjakan sesuatu tanpa berfikir panjang dan berperangai buruk jika
dilarang akan membangkitkan kemarahan. Pada umumnya pertumbuhan jiwa
terkebelakang seperti orang yang cacat mental. Dari beberapa segi pula, anak
tersebut mempunyai kelebihan tertentu dan sangat pandai misalnya dalam
menggambar, matematik, muzik atau melukis.
Punca
gangguan autisma ini masih belum di fahami begitu mendalam. Oleh itu, bentuk
rawatan untuk kanak-kanak autisma belum ada lagi yang boleh dikatakan memberi
kesan. Hanya yang boleh diubah setakat ini ialah tingkahlaku sahaja mengikut
terapi tingkahlaku yang sedia ada. Ini bertujuan menggalakkan perkembangan yang
sihat dan seberapa normal yang boleh mengikut keperluan setiap kanak-kanak
autisma.
Yang
paling penting sekarang adalah membuat diagnosis dengan teliti dan tepat bagi
mengesahkan sama ada kanak-kanak ini mengalami
autisma atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada ibu bapanya. Ini
kerana rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya latihan dan
didikan untuk membolehkan kanakkanak ini menggunakan dan memahami bahasa dapat
dilaksanakan sebelum berumur lims tahun. Oleh itu, rawatan dalam bentuk
pendidikan awal dan terapi tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.
Segala
didikan perlu diberi sedikit tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat
bersama ahli lain, seperti jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa. Rawatan
didapati lebih berkesan sekiranya dilakukan dirumah sendiri atau di sekolah
khas yang berdekatan dengan rumah kediamannya serta sekumpulan murid autisma
lain, tetapi tidak melebihi empat atau lima orang murid dalam setiap kumpulan.
Dari segi komunikasi pula, kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan
kanak-kanak normal apabila keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak
digalakkan duduk disekolah berasrama kerana dikuatiri akan lebih memburukkan
keadaan mereka, yang boleh menyebabkan interaksi bersama-sama ahli keluarga
mereka akan terjejas.
Manakala
dari segi rawatan pula, terdapat dua jenis rawatan menerima sokongan emperikal
adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan
penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku
merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti peneguhan positif dan time
outy, untuk menigkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan
tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih
kurang 45% daripada kanak-kanak autisma dapat meningkatkan kesedaran dan
tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6 dengan magnesium. Terdapat juga
beberapa zat makanan pelengkap dan Di- Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak
membantu kearah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk
menggalakan kemahiran komunikasi.
Selain
itu, ada juga ubat-ubatan seperti Haloperidol untuk mengawal tingkah laku yang
tidak diingini boleh diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini terlalu
lasak (hiperaktif) sehingga menganggu tidurnya. Dari segi peranan ahli
keluarga, mereka juga perlu memberi bantuan agar kanak-kanak ini tidak terabai.
Mereka boleh mengikuti pertubuhan seperti NASOM (Nasional Autistic Society of Malaysia)
untuk membantu keperluan kanak-kanak autisma dan keperluan keluarga boleh
ditubuhkan. Kebanyakkan ibu bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli
dalam pertubuhan ini.
2. ORTHOPEDIC IMPAIRMENTS
Orthopedic
impairments ialah masalah ketidakupayaan motor yang disebabkan oleh penyakit
atau kerosakan termasuk cerebral palsy, spina bifida, atau kecederaan
disebabkan oleh kecederaan trauma . hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut
memerlukan perhatian pakar dan perkhidmatan sokongan untuk faedah dari program
pembelajaran. Antara penyebab kepada masalah othopedik impairment ini ialah :
·
Disfungsi sistem saraf
·
Strok
·
Epilepsi
·
Penyakit kardiovaskular
·
Penyakit jantung koronari
·
Arteri Reumatisme
·
Kencing manis
·
Dll
Cara lain
untuk memeriksa kanak-kanak yang mempunyai orthopedic impairments ialah melalui
pembahagian masalah ini kepada :
a)
Neuromotor impairment ( cerebral palsy, spina
bifida, dan kecederaan tulang belakang )
b)
Degeranerative disease ( distropi otot )
c)
Ortophedic & musculouskeletal disorders (
kecacatan kaki dan tangan )
Orthopedic
impairments boleh memberi kesan kepada keupayaan murid-murid di sekolah. Hal
ini boleh dibahagi kepada beberapa
kategori dan memberi kesan kepada sosial, emosi, psikologi, dan fizikal.
·
Kemahiran motor yang lemah
Penggunaan tangan dan
lengan yang lemah dalam masalah ini seperti tidak dapat menggunakan peralatan menulis,membelek
helaian buku, dan menyertai pelbagai aktiviti yang memerlukan pergerakan yang
pantas.
·
Bahasa yang terbatas
Murid-murid yang mempunyai
masalah pertuturan yang teruk boleh memberi kesan kepada pembelajarannya kerana
tidak dapat berkomunikasi dengan baik,tidak dapat untuk memberi pandangan,
serta tidak dapat untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran.
·
Faktor individu
Murid-murid mungkin
mengalami beberapa faktor individu yang berlaku sebagai sebahagian daripada ortopedhic
impairmentsyang akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Sesetengahnya
termasuk kesakitan dan ketidakselesaan,kepatahan, dan kuasa bertahan yang
terbatas.
·
Faktor psikologi
Kanak-kanak yang mengalami
kognitif dan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan orthopedic impairment
akan mengalami kesukaran untuk belajar. Tambahan pula, sesetengah kanak-kanak
akan mengalami motivasi diri yang rendah, dan kesedihan akibat daripada masalah
ini yang juga akan menjejaskan penampilan.
· Suasana pembelajaran yang tidak efektif
Sesetengah sekolah
mempunyai harapan yang rendah terhadap kanak-kanak yang mengalami orthopedic
impairments. Sokongan yang kurang akan menyebabkan kanak-kanak itu gagal dalam
hidup dan akan menyumbang kepada faktor psikologi seperti yang dijelaskan di
atas.
MASALAH KESIHATAN
Masalah
yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas di mana serangan penyakit
terhadap diri mereka tidak menentu. Hal ini menyebabkan pembelajaran mereka
terganggu kerana kesihatan tidak stabil. Kadang kala mengambil masa yang lama
kerana terpaksa menerima rawatan di hospital. Antara masalah kesihatan yang
sering dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas ialah :
Ø Sawan / epilepsy
Ø Lelah ( asthma )
Ø Hemophelia ( masalah darah )
Ø Jantung berlubang
Ø Haiper aktif
Ø Leukemia
Ø Sawan / epilepsy
Ø Lelah ( asthma )
Ø Hemophelia ( masalah darah )
Ø Jantung berlubang
Ø Haiper aktif
Ø Leukemia
Ø Alahan
CEREBRAL PALSY
3.2.1. SEJARAH:
Cerebral
Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang upaya yang
menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang individu itu. Setakat
ini tidak terdapat satu sebab yang spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy.
Walaubagaimanapun ia bolehlah dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa
atau selepas kelahiran seseorang kanak-kanak itu. Pihak perubatan
bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung memperolehi penjagaan yang
betul semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas melahirkan anak.
Kekurangan
oksigen ke otak atau trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya
Cerebral Palsy. Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan
kerosakan di otak. Bayi yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam
bulan, biasanya mengalami perkembangan yang lambat.
3.2.2 DEFINISI:
Cerebral
Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan yang berpunca
daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang sukarelawan JOVC, Encik Yasuko
Kunimori yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan
Sabah, dalam bukunya yang bertajuk “Satu Projek Klasifikasi Kecacatan”
mengatakan Cerebral bermaksud otak, Palsy pula bermaksud kurang atau tidak
berupaya mengawal pergerakan otot-otot.
Chua Tee
Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk, “Pendidikan Khas dan
Pemulihan” mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu
pergerakan tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja
Hospital Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan, posture, dan
sebagainya yang disebabkan kerosakan atau kegagalan perkembangan normal dalam
otak.
Deborah
Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam “Introduction To Special
Education: Teaching In An Age Of Challenge”, the term Cerebral Palsy
literally means muscle paralysis whose cause is in the brain. Exceptional
Learners- Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan dan James M.
Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is rather condition
that is nonprogressive and noninfectious…
Berasaskan
kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy didefinisikan sebagai satu
pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana
terdapat gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak.
3.2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL:
Kanak-kanak
ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan tersentak-sentak dan
kurang berkoordinasi serta mungkin tidak dapat mengenggam benda dengan jari.
Sekiranya cuba mengawal pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak.
Semasa cuba mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka
kerenyot dan lidah yang terjulur.
Mereka
mungkin tidak dapat mengawal otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan
air liur meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olahcuba
menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan gaya
berjalan semacam gunting, berdiri atas jari kaki dengan lutut yang bengkok dan
menuju bahagian dalam.
Kanak-kanak
Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu mereka tidak boleh
memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan “babling sound”. Mereka juga tidak
memahami apa yang dikatakan kepadanya. Selain itu mreka hanya akan bertindak
balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap
bunyi. Dari segi masalah penglihatan, kanak-kanak ini juling ataupun mengalami
mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
3.2.4 CIRI-CIRI
KSIHATAN:
Kanak-kanak
ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini
sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta mengigit
makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan
semula.
Mereka
juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang, dan
bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk tidur, mereka kerap
terjaga di waktu malam dan sering menangis.
Kanak-kanak
Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal jika didapati mereka
tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak
bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.
Pergerakan
psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan atau duduk sendiri atau
menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar berjalantetapi ramai yang
menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan lain. Sesetengah mengalami
masalah menyuap makanan, menghisap atau menelan. Mereka bergantung kepada orang
lain untuk makan atau ke tandas.
3.2.5 JENIS-JENIS
CEREBRAL PALSY:
3.2.5.1-
Spastik
Kecacatan
ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan
kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary muscle). Menyebabkan
koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana stimulasi menyebabkan ketegangan
otot-otot. Ini seterusnya akan mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang
menghalang pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan
yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy atau
kelumpuhan otak.
3.2.5.2-
Atetosis
Kerosakan
berlaku pada bahagian “basal ganglion”. Atetosis dicirikan oleh pergerakan
“writhing” yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian bahu, muka, kaki,
tangan dan lengan menjadi sasaran utama. Sering kali juga ia melibatkan
otot-otot tekak dan diapnram yang menyebabkan pertuturan menjadi payah dan
tidak jelas. Mereka juga mengalami masalah mengawal pengluaran air liur.
3.2.5.3-
Ataksia
Kerosakan
pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan mengawal imbangan badan
yang boleh dikesan dari perawakan dan pergerakan seseorang spastik.
Pergerakan adalah kekok dan
teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa meliuk-likkan
badannya. Pendengarannya juga turut terjejas.
3.2.6 LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:
3.2.6.1-
Rawatan Pemulihan Anggota (fisioterapi)
Memberi
latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota, terutama kaki dan
tangan dengan bantuan alatan seperti ‘kaliper angkup’, ‘walking aid’, asut
khas, kerusi perawakan (posture chairs), ‘standing boxes’ dan ‘crawlers’.
Latihan yang diberikan, kanak-kanak spastik dapat mengurangkan perawakan dan
pergerakan yang kuang normal dan dapat mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari
mengejang disebabkan oleh kekurangan penggunaan.
3.2.6.2-
Rawatan Pemulihan Pertuturan
Seseorang
kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama
kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot pertuturan, pendengaran dan
pernafasan. Kedua kekurangan pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk
berinteraksi yang disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya
otot-otot pertuturan diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk
berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.
3.2.6.3-
Rawatan Pemulihan Cara Kerja
Memperkembangkan
pola pergerakan asas kepada kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan
kanak-kanak berdikari dari segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah
kebolehan memegang dan menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata
dan tangan, perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa mencapai,
memegang dan melepaskan sesuatu barang, latihan menggunakan jejari bagi
membolehkan kegunan jejari untuk makan, menulis dan sebagainya dengan bantuan
alatan seerti ‘hand splint’, sudu khas dan seumpamanya.
Latihan
persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak
pengalaman seperti sensori dan dilatih membentuk konsep yang bersesuaian
berkenaan diri sendiri dan juga keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna,
bentuk, saiz dan rasa. Dalam memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih
melakukan aktiviti-aktiviti seharian.
Contohnya
aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai pakaian dan latihan ke
tandas. Aktiviti kehidupan seperti memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi
dan hobi. Aktiviti vokasional seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti
pertanian.
3.3
DISLEKSIA
3.3.1. DEFINISI:
Perkataan Disleksia
(dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud
‘kesukaran’ dan ‘lexia’ bermaksud ‘perkataan’ dan jika diterjemahkan secara
terus bermaksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Istilah lain yang
digunakan untuk menunjukkan masalah ini ialah “buta huruf”.
Perkataan
Disleksia telah diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar perubatan dan
ophtalmotologist pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari sudut
pengistilahan, penggunaan perkataan Disleksia amat terhad kerana istilah
tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaan menguasai kemahiran
membaca. Penulisan Barat mentakrifkan Disleksia sebagai kesukaran atau
ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun
telah menerima pendidikan yang mencukupi.
Manakala
mengikut British Psychological Society (1999) “Dyslexia is evident when
accurate and fluent word reading or spelling develops very incompletely or with
great diffculty”, iaitu Disleksia terbukti wujud apabila ketepatan dan
kelancaran membaca perkataan atau mengeja berkembang secara amat tidak lengkap
atau dengan kesukaran yang amat sangat.
Bagi
Payne dan Turner (1999), Hammond dan Hughes (1996) lebih cenderung menggunakan
istilah ‘Specific Learning Difficulties’ (masalah belajar spesifik) bagi murid
yang menghadapi masalah belajar disleksia. Pada mereka murid Disleksia bukan
sahaja mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja tetapi
berkemungkinan menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran ‘literasi’
dan ‘numerasi’.
3.3.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:
Secara
umumnya tiada apa yang membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain.
Mereka membesar seperti biasa, tidak terbantut pertumbuhan. Tetapi apabila
dikaji mereka ada perbezaan dengan murid normal. Fahaman lisan mereka baik
tetapi lemah dalam bacaan. Mereka juga fasih bertutur dan boleh bercerita
tetapi kerja tulisan lemah. Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain
tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.
Pakaian
mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali
kasut tidak diikat rapi, kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan
dilabelkan pemalas atau bodoh. Perhatiandan pengamatan singkat dan lemah.
Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka membuat bising.
Kanak-kanak
Disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktu makan, sukar
menggunaakn gunting terutama jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensil
secara ganjil, sukar mengikat tali leher.
Mereka
juga sukar untuk melompat dan skipping kerana masalah keseimbangan, sukar untuk
menangkap , membaling dan menyepak bola. Mereka sering terlanggar orang lain
dan objek, selalu menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga, sukar belajar
menunggang basikal, sukar menyiapakan meja makan, sukar untuk berenang, sukar
dalam permainan yang menggunakan perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah,
depan dan belakang, undur atau maju serta sukar belajar menari.
Setiap
individu mungkin dominan pada bahagian kiri atau kanan sahaja. Bagi murid-murid
yang mempunyai masalah literaliti bersilang menggunakan kedua-dua bahagian kiri
dan kanan dalam melakukan pekerjaan yang berlainan. Contohnya individu menyepak
bola dengan kaki kiri tetapi melihat melalui lensa kamera dengan mata kanan.
Masalah ini juga boleh dilihat sewaktu kanak-kanak menggunakan pen, pensil atau
krayon.
3.3.3. JENIS-JENIS
DISLEKSIA:
3.3.3.1-
Disleksia Pandangan
Murid-murid ini dapat
melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi atau
mengingati erkataan yang dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat
membaca langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan yang
mempunyai sukukata yang banyak sahaja.
Ciri-ciri
yang selalu dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama,
seperti beg untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan seperti dig
untuk big, kecenderungan songsang contohnya spa untuk sap. Lukisanyang rendah
mutunya kerana banyak butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda
yang biasa. Tidak dapat menjalani latihan permainan sukan yang kompleks.
Kepayahan membuat analisis dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan
dalam aktiviti kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti
berkaitan dengan pandangan.
3.3.3.2-
Disleksia Pendengaran
Dapat
melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan
aktiviti yang berkaitan dengan fungsi pendengaran. Contohnya membezakan persamaan
dan perbezaan antara bunyi, mengenala pasti bunyi dalam setiap perkataan satu
pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke
dalam suku kata tertentu. Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam belajar
membaca.
Ciri-ciri
yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan
yang menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik.
Mempunyai masalah dengan analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan
ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi tertentu,
tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan menjadi satu yang lengkap.
Tidak
dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan, contohnya tidak dapat
mengingati bunyi huruf atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu
makna perkataan itu. Ada kekacauan dalam memahami bunyi secara berurutan
seperti penyebutan yang tidak betul semasa menulis, mengubah urutan huruf
kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi. Darisegi perlakuan,
murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan
kemahiran pandangan.
3.3.4. LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN:
Mereka
yang menghadapi Disleksia biasanya susah untuk menguasai kemahiran membaca dan
menulis tetapi memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini
disebabkan oleh perbezaan dalam caraotak memproses maklumat terutama sekali
berkenaan dengan bunyi , simbol dan makna. Kanak-kanak Disleksia cenderung
menggunakan otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksik berfikir dan cara belajar
berlainan. Cara anak Disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu
anugerah bukan satu masalah.
Program
kemahiran keibubapaan seperti Program Peningkatan Akademik. Sebelum
persekolahan, ibu bapa hendaklah peka dengan memerhatikan simptom-simptom
Disleksia, beri bantuan bacaan dan latihan pembelajaran sebelum tadika,
perhatikan dan beri bantuan sosial, beri pengalaman luaran meningkatkan
pengetahuan seperti melawat zoo, muzium dan lain-lain.
Ketika
bersedia untuk memasuki alam persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang dengan
guru besar dengan memberitahu masalah melalui maklumat berkenaan penilaian
psikologi dan pendidikan, mengenali guru yang mengajar anak dengan menjelaskan
masalah anak dan meminta kerjasama membantu dan memahami masalah anak sepanjang
persekolahan.
Ibu bapa
juga perlu meluangkan masa untuk mengajar dan membantu anak melalui mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan
kemahiran khusus yang dimiliki, cuba berbagai cara untuk menarik minat dan
menambah motivasi serta memahami gaya pembelajaran kanak-kanak Disleksia.
Selain
itu juga mengadakan program perkongsian mengajar berhasil. Program ini dapat
membantu ibu bapa membantu anak mereka di rumah dengan menggunakan pendekatan
secara bersama dengan guru. Gunakan pelbagai deria seperti sebut, dengar,
lihat, rasa dan sentuh. Contohnya menulis atas pasir, bina bentuk huruf.,
mengulang dengan kerap melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman
dan ingatan.
Kaedah
kumulatif di mana ia mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari
dengan menggunakan contoh yang berbeza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin
diri seperti menggunakan strategi ingatan atau hafalan seperti peta minda,
lukisan dan carta. Kanak-kanak Disleksia mudah berasa letih, jadi kurangkan
beban kerja mereka. Kaedah yang lebih baik dengan membaca hanya sebelah mata
yang mengelakkan kedua-dua melihat huruf yang kelihatan bersilang antara satu
sama lain.
Di
samping itu juga, mengadakan program kerjasama antara pelbagai disiplin.
Termasuklah terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan
khas, pentadbir dan ahli-ahli lain akan mampu membina modul serta pendekatan
pengajaran yang boleh digunakan oleh ibu bapa mengembang potensi anak-anak ini.
Individu
Disleksia harus digalakkan mempamerkan kekuatan luar biasa terutama dalam
pemikiran kreatif secara visual. Kebolehan mereka yang unik harus digunakan
supaya mereka juga boleh berjaya dalam bidang seni, sains dan teknikal.
Nama-nama hebat yang tergolong dalam kumpulan Disleksia termasuklah Thomas
Edison, Leonardo De Vinci, Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler
Yeats.
3.4 SPINA BIFIDA
3.4.1. DEFINISI:
Perkataan Spina Bifida berasal
dari perkataan ‘Latin’ bermaksud ‘Split Spike’ atau tulang belakang merebah
iaitu pembentukan yang tidak lengkap atau selaput yang menonjol.
Sistem saraf pusat elemen
utamanya ialah otak dan spina cord. Semua aktiviti badan dikawal oleh otak
dengan cara menerima maklumat menerusi sentuhan, penglihatan, perasaan, deria
rasa dan pendengaran. Spina terbentuk daripada 33 cantuman tulang di sepanjang
belakang berfungsi pergerakan otot-otot dan melindungi spina cord. Tiub neural
terbentuk antara 14-28 minggu. Spina terjadi disebabkan tulang mengelilingi
otak dan spina cord gagal bercantum dengan lengkap.
3.4.2. CIRI-CIRI
FIZIKAL:
Terdapat
beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti iaitu perkembangan
fizikal tidak sempurna, kebolehan mental yang teruk, cara percakapan yang
janggal, sukar berjalan mengikut arah bunyi dan hanya menggunakan isyarat
tangan apabila berkomunikasi.
3.4.3. CIRI-CIRI
KESIHATAN:
Mempunyai
masalah kesihatan seperti saiz telinga, telinga berair atau bernanah, kurap, selesema,
sakit tekak dan tonsilitus. Hilang kawalan atau kesukaran mengawal untuk
membuang air kencing, kencing malam kerana mengalami masalah usus dan pundi
kencing. Saraf-saraf menjadi tegang terutama bahagian “lumber dan sacral”.
3.4.4. LANGKAH-LANGKAH
PERUBATAN:
Wanita
mengandung perlu mengambil asid folik pada kadar 0.4 mm setiap hari terutama
ketika awal mengandung. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini
terhadap anak dalam kandungan. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan nasihat dan
kaunseling perubatan daripada pakar genetik.
3.5 SLOW LEARNER
3.5.1. DEFINISI:
Slow
Learner (lambat belajar) ialah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang di
bawah sederhana atau rencatan yang ringan. Mengikut Burt (1937) “Slow
Learner who are unable to cope with the work normally expected of their age
group. In teaching backward children, the mentalage is often taken as a guide
to the levels of attainment to be expected of pupils. Thus, if a child’s mental
age is 10 years, we assume that his attainment age should also be at the 10
years level. On the contrary, if his attainment age falls below his mental age,
his is considered a slow learner”.
3.5.2. CIRI-CIRI
FIZIKAL:
Kanak-kanak
ini menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya
dua tahun di bawah usianya. Lemah daya perhatian terhadap sesuatu kerja, tidak
pandai bergaul dengan rakan sebaya kerana mereka selalu berkelakuan menyinggung
perasaan orang lain dan menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian
kanak-kanak lain kepada mereka.
Selain
itu, kekok pergerakan tangannya lalu menimbulkan masalah pembelajaran di
sekolah. Ini kerana setiap kali guru menyuruh mereka menyalin sesuatu, mereka
tidak dapat menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya
pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik daripada kanak-kanak lain
tetapi masalah kekok pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal dalam uijan
yang memerlukan banyak menulis.
3.6
EPILEPSY
3.6.1
SEJARAH
Dalam
masyarakat melayu penyakit sawan memang sudah dikenali sejak dahulu lagi. Ia
lebih popular dengan gelaran “gila babi” atau “sawan babi” bagi masyarakat
melayu. Bagi masyarakat cina pula, mereka menggelarkannya sebagai “sawan
kambing”. Kedua-dua gelaran ini jelas menunjukkan rasa jijik masyarakat kita
terhadap penyakit tersebut dengan mengaitkannya dengan nama binatang.
Panggilan-panggilan yang kejam ini adalah tidak berperikemanusiaan dan boleh
menimbulkan kesan negatif yang mendalam di dalam jiwa kanak-kanak tersebut.
Akibat
kurangnya pengetahuan tentang penyakit tersebut, maka ada antara kita yang
mengaitkannya dengan rasukan syaitan ataupun hantu. Lantas, ada ibu bapa yang
membawanya berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan
bukannya ke klinik atau ke hospital. Ini
disertakan pergerakan mereka sewaktu mengalami epilepsy tersebut. Secara
tiba-tiba pesakit akan terjatuh, badannya terketar-ketar, mulut berbuih dan
kemudian akan tertidur keletihan. Fenomena ini berlaku seperti dirasuk oleh
syaitan.
3.6.2
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan 2002, sawan atau epilepsy
bermaksud penyakit yang dating secara tiba-tiba dan menyebabkan anggota menjadi
kaku, kejang, berbuih mulut dan lain-lain. Epilepsy adalah sawan serius. Semasa
pesakit mengalaminya terdapat perubahan pada “Brain Wave”.
Epilepsy
atau sawan terbahagi kepada dua iaitu sawan demam dan sawan bukan demam.
Sawan demam ialah sawan yang berpunca
dari demam panas dan berlaku dikalangan kanak-kanak yang berumur diantara enam
bulan hingga tiga tahun. Manakala, sawan bukan demam ialah yang berpunca bukan
disebabkan oleh demam panas.
Namun
begitu, sawan bukan demam terbahagi kepada tiga. Antaranya ialah sawan grand
mal, sawan petit mal, dan sawan
psikomotor. Sawan grand mal ialah yang ditandai dengan kehilangan ingatan,
kekakuan badan, menahan nafas, jatuh ke tanah melainkan jika ditahan, badan
yang terketar-ketar dan berakhir dengan kelesuan dan tertidur. Setelah sedar,
mereka pening kepala, kebingunggan dan mengantuk.
Selain
itu, sawan petit mal pula ialah ditandai dengan sifat merenung jauh seolah-olah
pesakit sedang dilamun mimpi disiang hari. Kadangkala dia mengenyitkan
matanya beberapa kali secara tiba-tiba
atau diikuti oleh pergerakan pada kaki, tangan atau pipi muka beberapa kali.
Manakala,
sawan psikomotor pula ialah perlakuan-perlakuan yang disengajakan, tetapi tidak
sesuai dengan keadaan. Pesakit seolah-olah seperti dirasuk sambil
mendecap-decapkan bibirnya beberapa kali atau melakukan pergerakan bibirnya
seperti menguyah. Pesakit juga mungkin bangun secara tiba-tiba dari kerusinya
dan berjalan sambil membuka baju. Ada juga yang bercakap sendirian dan
menggerak-gerakkan tangannya seolah-olah memandu kereta. Jika perlakuannya
dihalang, pesakit akan melawan atau pun merasa marah. Sawan psikomotor
berlangsung hanya beberapa minit sahaja dan tidak disertai oleh pengerakkan
badan yang keterlaluan atau pun terjatuh.
3.6.3
CIRI-CIRI FIZIKAL
Secara
umumnya, penyakit epilepsy menyerang kanak-kanak tidak mengira sama ada
kanak-kanak itu di dalam kategori sebagai kanak-kanak istimewa atau tidak. Di sini
bermaksud kanak-kanak normal juga ada yang mngidap epilepsy. Perkembangan
fizikalnya adalah kognitif dan sosial.
Kanak-kanak
yang mengalami terencat akal lazimnya juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua
pesakit epilepsy adalah terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi epilepsy
aktif seperti kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya lebih pandai lagi
daripada kanak-kanak normal. Dalam hubungan sosial pula, kanak-kanak tersebut
boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain. Cuma semasa kanak-kanak
tersebut mengalami epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan kanak-kanak normal.
Pada waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan mengingatinya. Keadaan mereka
agak lemah dan kepenatan seterusnya akan tertidur.
Bagi
kanak-kanak epilepsy yang mengalami kerencatan akal pula mempunyai fikiran yang
tidak keruan dan merungsingkan. Tindakan mereka diluar kawalan dan tidak diduga
seperti naik marah, membaling barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri
dan sebagainya. Emosi dan fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila
diserang epilepsy.
Terdapat
masyarakat yang memandang negatif terhadap kanak-kanak kerencatan akal dan dalam
masa yang sama juga mengalami epilepsy. Oleh kerana itu, pergaulan mereka agak
terbatas. Ini disebabkan, ada yang beranggapan epilepsy boleh berjangkit
melalui air liur yang meleleh. Ibu bapa kanak-kanak tersebut juga kadang kala
tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan masyarakat luar kerana merasa
malu mempunyai anak epilepsy.
3.6.3
LANGKAH PENCEGAHAN
Terdapat
beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada menghidap
epilepsy ini. Antaranya ialah jangan biarkan anak-anak yang mengalami demam
yang berpanjangan. Jika dibiarkan terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan
menyebabakan anak-anak tersebut mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu
bapa segera membawanya ke klinik atau pun ke hospital. Terdapat juga ibu bapa yang
mengelap badan kanak-kanak terebut dengan tuala basah agar suhu badannya
akan turun.
Selain
itu, elakkan kepala daripada terhantuk dengan kuat terutama dikalangan
kanak-kanak. Hantukan dan pukulan yang kuat boleh menimbulkan masalah saraf di
kepala. Masalah saraf di kepala mempunyai kaitan dengan kerencatan akal dan
hampir semua yang terencat akal mengalami epilepsy.
Disamping
itu, dapatkan makanan yang seimbang bagi ibu-ibu yang mengandung. Makanan yang
seimbang ini mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu
dan membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan gula, kalsium, atau
magnesium di dalam darah boleh mengakibatkan epilepsy.
Malah,
pastikan keadaan dan kelengkapan yang mencukupi sewaktu menyambut kelahiran.
Ini kerana epilepsy boleh berlaku dikalangan mereka yang lemas semasa di dalam
rahim ibu atau pun ketika dilahirkan. Sering kali kita mendengar
layanan-layanan yang kurang baik diberikan oleh pihak hospital kepada ibu-ibu
yang akan melahirkan anak. Sikap sambil lewa dan cuai ini kadang kala
menyebabkan si ibu bersalin seorang diri dan akibatnya ank tersebut lemas di
dalam rahim atau pun sewaktu dilahirkan.
Walau
bagaimanapun, elakkan daripada terdedah dengan keracunan plumbum khususnya bagi
ibu-ibu yang mengandung. Keracunan plumbum ini termasuklah seperti terdedah
dengan cat, petrol dan sebagainya.
3.7
HIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)
Hiperaktif
dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat (central
nerves system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Faktor-faktornya ialah genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan masalah
persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada keracunan (toksin),
kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan kepada bahan kimia.
Kanak-kanak
hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang
singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan
arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal
dan didisplinkan. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah
pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh
duduk diam di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan
ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia
tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa terasing.
Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa
menjaga empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima
perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Selain
itu, kanak-kanak hiperaktif ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik
tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal
di dalam suasana sekolah biasa. Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas
berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta
latihan yang menggunakan pendekatan satu
dengan satu. Guru-guru perlu sering meberikan peringatan kepada
murid-murid ini sama ada isyarat atau
mengetuk meja untuk mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya,
pakar kanak-kanak perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk
mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan
dengan lebih berkesan lagi.
Walau
bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri
khususnya ialah aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan
yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu,
mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa. Disamping
itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan
dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah, mereka sering
mengamuk bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri serta berinteraksi dengan rakan sebaya.
3.8
SINDROM DOWN
3.8.1 Apa
itu Sindrom Down
Ramai
telah mendengar namun, ramai juga yang cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan
sejenis penyakit yang moden atau orang kaya malah sindrom down (SD) tidak
dikatakan penyakit. Sindrom Down tidak boleh diubati dan ia terjadi pada kadar
satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kank-kanak
sindrom down lambat berbanding dengna kanak-kanak biasa. Oleh itu akank-kanak
sindrom down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membawa mereka
berdikari. Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Traslovation dan
Mesiac. Tidak kira jenis Sindrom Down, kanak-kanak Sindrom Dwon boleh dikenali
melalui wajah mereka yang hampir sama.
Sindrom
Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai tiga
salinan kromosom ini. Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk dengan nama
Trisomi 21. Dengan erti kata lain, mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang
menyebabkan mereka dikategorikan Sindrom Down dan lain-lain kromosom mereka
adalah normal.
3.8.2 Apa itu kromosom
Kromosom
adalah struktur yang terdapat nucleus sel-sel yang mengandungi maklumat yang di
warisi daripada ibu dan bapa. Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan
mengarah pembahagian pertumbuhan dan fungsi sel.
Seorang
individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu. Manakala
bakinya di warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic yang
unik (kecuali kembar seiras)Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal
setipa individu yang berbeza-beza.
3.8.3 SEJARAH SINDROM DOWN
Penyakit
ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr.Langdon Down dari Inggeris,
tetapi baru pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu
dengan pemeriksaan kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama
Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas,
iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.
Tetapi
setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan
adanya tuntutan dari perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai
terhadap pemberian nama tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama
tersebut dengan Sindrom Down .
Terdapat
beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara .Pada tahun
1866 , seorang ahli fizik berbangsa Inggeris , John Lagdon Down ( 1828 – 1896 )
telah menerbitkan penerangan pertama di dalam dunia perubatan mengenai individu
yang dilahirkan sebagai Sindrom Down .Kajian seterusnya dilakukan pada tahun
1959 oleh Jerome Lejuene , seorang ahli fizik dari Perancis . Beliau telah
menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke -21 . Bagi orang normal ,
bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom Down mempunyai 3
kromosom .Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom pertama yang dirajahkan
secara penuh .
3.8.4 CIRI – CIRI MASALAH FIZIKAL SINDROM DOWN
3.8.4.1 Sifat Pada Kepala , Muka , Dan Leher
Kanak
–kanak Sindrom Down mempunyai ciri – ciri fizikal yang unik di mana mereka
mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol . Mereka juga
mempunyai pangkal hidung yang kemek .Jarak diantara dua mata jauh dan
berlebihan kulit di sudut dalam .Mata mereka sentiasa berair dan merah serta
mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarya naik ke atas dan terdapat
lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata .
Saiz
mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah
yang tebal , kasar , dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir .Pertumbuhan
gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur .Paras telinga adalah lebih rendah
. Kebiasaannya kepala mereka adalah lebih kecil dan agak leper dari bahagian
depan ke belakang manakala lehernya agak pendek .
3.8.4.2 Sifat Pada Tangan dan Lengan
Sifat-
sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari- jari yang pendek dan
jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan yang lebar dan pendek
.Kebiasaannya tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan .Jari dan tangan
mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol .
3.8.4.3 Sifat
Pada Kaki
Kaki agak
pendek dan jarak di antara ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak
kaki .
3.8.4.4 Sifat
Pada Otot
Kanak-kanak
Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebakan mereka menjadi lembik dan
menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar .
3.8.4.5 Ciri-Ciri
Lain
Kanak-kanak
Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah
serta agak bongkok . Mereka juga majority adalah berambut lurus dan lembut .
Kebiasaanya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan bergembira diamna
mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik . IQ mereka pula adalah di
antara 30-80 . Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas
lahir .
3.8.5 PUNCA-PUNCA KEJADIAN
Bagi ibu-ibu
yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunayi risiko ynag lebih
tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down . Sembiloan puluh lima peratus ( 95%)
Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 . Keadaan ini disebabkan
oleh “kon-dysjustion” kromosom yang terlibta itu adalah kromosom dua puluh satu
di mana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom dua
puluh satu tidak berlaku dengan sempurna .
Di
kalangan lima peratus (5%) lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh
mekanisma yang dinamakan “tranlocation”. Keadaan biasanya berlaku oleh
pemindahan bahan genetic dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan
kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemua 46 kromosom.
Mekanisna
ini biasanya berlaku apda ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda .
Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan
“mossic”.
3.8.6
JENIS-JENIS SINDROM DOWN
3.8.6.1 Trisomi
Kanak-kanak
Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan
intelek . Kanak-kanak jenis ini adalah berlaku disebabkan penambahan pasangan
kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47 .
Kelahiran
Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga . Menurut kajian nisbah
kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala
nisbah kelahiran bagi ibu ynag berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan
bagi ibu ynag berusia 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30
kelahiran . Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara
50%-80% .
3.8.6.2 Translocation
Kelahiran
jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom
Down (translocation) ini terjadi dalam dua cara .Cara yang pertama ialah
apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21 . Jika
ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa
pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak Sindrom Down adalah 3%-5%.
Cara
kedua yanbg terjadi apabila secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan
nombor yang sama . jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down
ini ialah di antara 50%-80%.
3.8.6.3 Mosaic
Sindrom
Down jenis ini adalah tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100%
Sindrom Down . Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk . Darjah
kecerdasannya adalah 80%-90%.
3.8.7 MASALAH KESIHATAN
3.8.7.1 Masalah Jantung
Masalah
jantung yang paling kuat berlaku adalah jantung berlubang seperti Ventricullar
Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara arteri kiri dan kanan .
Masalah
lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis
/ PDA) .Bagi kanak-kanak ini boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis
kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas .
3.8.7.2 Masalah Usus
Masalah usus biasanya
dikesan semasa awal kelahiran seperti :
1. Salur esophagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali
di bahagian yang tertentu esofagus. Biasanya ia dapat di kesan semasa ia
berumur 1-2 hari di mana bayi mengalmai masalah menelan air liurnya atau
dikesan oleh doktod atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub
untuk menyedut air perut semasa baru lahir .
2. Salur usus kecil duodenum yang tidka terbuka penyempitan yang dinamakan
“Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak
normal di bahagian rektum . biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari
kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk
buang air besar .
3.
Salur usus rektum atau bahagian usus yang
paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang
dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang
tidak normal di bahagian rektum . Biasanya bayi akan mengalami masalah pada
hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah
untuk buang air besar .
3.8.7.3 Masalah Lain
Kanak-kanak
Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormone
tairiod . masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down .
Kanak-kanak
Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher
boleh menyebabkan berlakuany penyakit lumpuh di mana ianya berlaku di kalangan
10% kanak-kanak Sindrom Down . Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk
mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia .
Selain
itu kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selesema, radang tengkorok dan
radang paru-paru . Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan
penglihatan yang kurang jelas
3.8.8.LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Walaupun
Sindrom Down sejenis penyakit yang di anggap serius tetapi ia boleh di cegah .
Terdapat beberapa langkah dalam pencegahannya . Pencegahan tersebut meliputi
ibu-ibu yang mengandung .
Para ibu
sememangnya tidak digalakkan untuk mengandung setelah usia mereka mencecah atau
melebihi 35 tahun . Tetapi keadaan ini sememangnya menjadi masalah pada masa
kini kerana kebanyakkan golongan wanita lebih cenderung atau lebih mementingkan
kerjaya daripada memikirkan tentang rumah tangga . Oleh itu mereka telah
mengambil langkah untuk berkahwin lambat . Keadaan ini telah menyebabkan mereka
lewat mengandung dan kesuburan mereka akan terjejas . Oleh itu, terdapatnya
pelbagai informasi yang disiarkan oleh media massa kita hendakklah mengambil
berat tentangnya kerana ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga
.
Jika
seseorang ibu pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak
yang cacat, mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar . Cara yang
sebegini adalah untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak
cacat ataupun Sindrom Down . Melalui pemeriksaan ini juga , kita dapat mengetahui
penyebabnya, seterusnya ibu itu boleh mengambil langkah pencegahan yang segera
. Kita amat mementingkan pencegahan adalah disebabkan kerana jika kehamilan
sudah terjadi, pencegahan untuk merawtanya tidak mungkin lagi dapat dijalankan
walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan serta
ari-ari seseorang seperti yang telah dinyatakan .
Disamping
itu dengan adanya kemudahan teknologi yang cangggih dalam bidang perubatan
sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan
gejala Sindrom Down sebagai langkah pencegahannya . Kaedah ujian ini adalah
satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu
dalam tempoh bulan pertama ketika kehamilan sedang berlaku . Prosedur ini tidak
mendatangkan kesan serta menyakitkan si ibu . Ia juga kurang merbahaya bagi
bayi di dalam kandungan dan kaedah ini juga tidak melibatkan pengmbilan cecair
dari dalam rahim ibu . Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas
berkemungkinan anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap
138 kehamilan di dunia . Oleh itu, prosedur yang terbaru yang dikenali sebagai
Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat memberikan
penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down . Ujian boleh
dijalankan oleh ibu-ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya
.
3.8.9 UJIAN MENGESAN ANAK YANG CACAT
Jika
seseorang wanita itu menglami kehamilan, maka mereka boleh melakukan ujian
untuk diuji selnya bagi bayi yang sedang membesar dalam kandungannya . Ia
merupakan satu kaedah yang baru dan ia juga dinamai sebagai Penempelan Vilus
Korion dan kaedah ini membolehkan seseorang doktor mengambil sel ini pada
minggu yang kelima kehamilannya .
Kaedah
tersebut dilakukan dengan memasukkan, satu tiup pig yang halus serta melalui
vagina ibu seterusnya ke adlam uterus . Dengan bantuan Ultrasound juga, ia
dapat memberikan gambaran tentang kandungan uterus dan koroin, iaitu sau
membran yang melingkumi bayi dalam kanduang yang sedang membesar itu .
Seterusnya
penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sample Vilus Korion, melaluinya
sambungan bak pokok bagi Korion dapat di lihat . Sel-sel ini dalah merupakan
sel yang mengandungi kromosom dan genetic ynag sama seperti bayi dan ia boleh
diuji bagi pengesanan sebarang kecacatan genetik . Contohnya, satu Kariotip
akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan pengidap Sindrom Down atau
sebaliknya .
Di
samping itu juga, terdapat dua lagi akedah ujian yang lain boleh digunakan untuk
mengumpul sel bagi melakukan ujian . Amniosentesis dilakukan pada kira-kira
minggu keenam belas kehamilan si ibu . Manakala bagi amniosentesis,. Sebatang
jarum panjang yang digunakan untuk mengeluarkan sedikit bendalir Amnium dan sel
fetus . Selepas sel dikultus, maka analisis serta ujian kromosom yang boleh
mengesan kekurangan biokimia boleh dijalankan . Dalam fetoskopi, serta periskop
yang kecil denga satu sumber cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang
kecil di dalam uterus . Melalui kaedah ini ia membolehkan kita melihat
sebahagian kecil fetus di dalam dan mengambil sampel kulit serta darah bagi
tujuan untuk dilakukan ujian .
3.9 MURID
PINTAR CERDAS
3.9.1 DEFINISI
Ahli biologi
mengatakan pintar cerdas sebagai kebolehan luarbiasa yang dimiliki oleh seorang
individu yang melakukan adaptasai dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan
persekitaran . Sebagai contoh ialah sensitive dan juga diam .
Stanford Binet
(1916) pintar cerdsa merupakan kepada keupayaan seseorang untuk memahami,
membuta pertimbangan dan penakulan denagn bijak . Manakala Lewis Terman (1916)
pula menyatakan bahawa pintar cerdas sebagai individu ynag berkebolehan berjiwa
secara abstrak iaitu lebih jauh daripada orang biasa .Mengikut pendapat Marland
(1972) kanak-kanak yang dikenlapasti oleh pihka yang berkelayakkan profesional
sebagai individu ynag memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai
kecemerlangan . Di samping itu, menurut pusat perkembangan kurikulum Malaysia ,
pintar cerdas adalah kanak-kanak yang maju dalam pembelajaran dan menerima
pelajaran lebih awal dan cepat daripada kanak-kanak normal . Mereka dapat
membuat kerja sekolah dengan cepat, sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh
dalam bidang yang tertentu .
Kesimpulannya
ialah pintar cerdas merangkumi satu kombinasi yang istimewa dan tinggi,
(Superiol General Abilities), pencapaian kreatif pada tahap yang lebih
bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya .
3.9.2 PUNCA-PUNCA
PINTAR CERDAS
3.9.2.1 Faktor Genetik
Perwarisan
daripada ciri-ciri fizikal ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di lihat persamaan
dan perbezaan anak-naka dalam keluarga . Kebanyakkan pakar bersetuju bahawa
asas potensi mental seseorang sememangnya diwarisi daripada ibu bapa . Namun
begitu tiada alat yang dapat mengukur kebenaran faktor genetik .
3.9.2.2 Faktor
Persekitaran
Pengalaman
melalui asuhan merupakan salah satu daripada factor yang lebih dominan dan
membnatu dalam perkembangan serta meningkatkan kepintaran seseorang. Keadaan
sekeliling seseorang individu yang membesar adalah faktor penentu untuk
menentukna sejauhmana bakat dan kepintaran yang diwarisi berkembang .
3.9.3 CIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR
CERDAS
Ciri-ciri
kanak-kanak yang mengalamai masalah fizikal dalam pintar cerdas ialah mempunyai
semangat inkuiri dan perasaan curiga . Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya
dan berminat untuk mendapatkan jawapan yang terkini .
Mereka yang terdiri
dariapda golongan ini juga berciri-cirikan seperti sangat kreatif teruatamyan
dalam menguasa dalam kemhairan yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang
abstrak da mempunyai idea-idea yang kreatif dan kadang kala mereka di anggap
pelik .
Di
Samping itu, mereka juga bercirikan seperti suka mencuba sesuatu yang dianggap
sukar oleh orang lain . Mereka juga boleh bercakap, membaca, menulis dan
memahami percakapan orang dewasa pada peringkat umur yang awal dan mempunyai
perbendaharaan kata yang kemas . Selain itu, mereka juga dikatakan mempunyai tahap
penumpuan yang lama terhadap sesuatau perkara terutamanya dalam aspek kemahiran
dan mereka juga mempuyai tenaga yang banyak dan dikatakan begitu aktif serta
mampu bersesosial dengan cepat .
Kanak-kanak yang diketegorakan dalam masalah ini juga mempunyai daya
keistimewaan yang hampir sama dengan kanak-kanak normal ynag biasa . Mereka
juga turut mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominant serta
“superior” di kalangan rakan sebaya .
3.9.4 MASALAH KESIHATAN
JENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN ( DR.GARNER )
3.9.4.1 Verbal-Linguistik
Mereka
berkebolehan dalam menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan
penulisan .Golongan ini juga amat peka terhadap pelbagai fungsi bahasa
terutamanya kebolehan dalam merangsang emosi .
3.9.4.2 Logik dan Matematik
Kebolehan
dalam menakluk, menyelesaikan masalaah yang komplek, membuat perkaitan seperti
menyoal, kritis, cekap dalam membuat pengiraan dan perbandingan . Mereka juga
cukup cekpa dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan komputer .
3.9.4.3 Existentian
Kanak-kanak
ynag terdiri daripada golongan pintar cerdas adalah amat berminat tentang
hayat, evolusi manusia dan kematian .
3.9.4.4 Visual-Ruang
Mereka
berkebolehan dalam mengesan dan menggambar bentuk, ruang,warna dan garisan. Selain
itu mereka berkebolehan dalam mempersembahkan idea visual dan mengesan grafik .
Berkebolehan juga dalam bidang seni, kreatif dalam menggunakan warna, membaca
peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat .
3.9.4.5 Muzik
Kanak-kanak
dari masaalh pintar cerdas adalah amat berkebolehan dalam mengsan nada, melodi
termask kemahuan dalam mengenal logo dan mengubah tempo / irama dalam melodi
yang mudah . Mereka juga boleh merekodkan memori auditori . Murid yang
mempunyai kecerdasan ini gemar belajar dalam masalah pengjaran lisan dan suka
akan aktiviti yang jenis bersifat tarian .
3.9.4.6 Interpersonal
Kebolehan
dalam memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrta orang lain. Mereka boleh
bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan .
Murid-murid ini yang tergolong dalamkecerdasan ini akan belajar dengan lebih
berkesan lagi melalui pembelajaran koorperatif, pengajaran dengan rakan sebaya
akan penglibatan dalam perbincangan kelas . Kebolehan dalam menjayakan sesuatu
perhubungan dan kebolehan bersosialis. Selain itu, murid-murid daripada masalah
pintar cerdas ini juga berkebolehan dalam memahami diri sendiri dari segi
kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuk kemahiran yang membandingkan
diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana untuk mengawal perasaan
. Mereka juga turut berkebolehan dalam memahami perasaan orang lain dan
mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi dan golongan pintar cerdas ini
juga suka bekerja secara bersendirian .
3.9.4.5 Kinestetik
Berkebolehan
dalam menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuki
menyelesaikan masalah termasuk masalah fizikal seperti koordinasi,
fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan .Murid-murid pintar cerdas ini juga
amat mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus
dan motor kasar NATURALS.Di samping itu juga mereka juga turut berkebolehan
dalam mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan galian dan haiwan
serta berkebolehan dalam melihat perhubungan dan pula yang rapat antara
tumbuhan dan juga antara kehidupan haiwan .
3.9.5 Perkembangan Fizikal
Pada dasarnya kanak-kanak
pintar cerdas mengalami pertumbuhan fizikal yang sama .
3.10 KERENCATAN AKAL
Golongan
yang mudah mengalamai masalah kerencatan akal adalah terdiri daripada
kanak-kanak yang lewat dalam perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal
. Kelewatan itu bergantung kepada tahap ( degree ) iaitu sejenis kerencatan
yang di alami oleh seseorang kanak-kanak . Selain itu kelemahan mereka juga
kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seumur dengan mereka .
Kanak-kanak
terencat akan memerluikan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran
jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal . Hanya sebahagian kecil sahaja ,
kanak-kanak yang dilahirkan cacat atau tidak normal dan sebahagian besranya
sihta dan normal . Sunggguhpun begitu kanak-kanak yang sihat dan normal ini
tidak semuanya akan mejadi orang dewasa yang normal .
Terdapat
beberapa bahaya yang perlu dihadapi dan juga ditempuhi oleh kanak-kanak ini
semasa membesar seperti bahaya biologi atau dari alam sekitar . Bahaya-bahaya
ini boleh mengakibatkan keadaan yang tidak normal ini lebih dikenali sebagai
kanak-kanak khas .
Kanak-kanak
khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari segi
ciri-ciri fizikal dan psikologis . Program-program sekolah biasa di bentuk
untuk kanak-kanak normal tidak dapat memberi peluang penyesuaian dan
perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak ini . Mereka memerlukan pelajaran
yang khas atau dalam kes-kes yang tertentu memerlukan khidmat pembantu atau
kedua-duanya sekali untuk mencapai taraf yang sepadan dengan keupayaan mereka
.
3.10.1 IMPLIKASI
KERENCATAN AKAL TERHADAP PERKEMBANGAN FIZIKAL, MENTAL, SOSIAL, EMOSI, SAHSIAH
DAN PERTUTURAN / PEROLEHAN BAHASA.
1.
Beberapa jenis kecacatan fizikal terdapat di
kalangan mereka yang terencat akal . Antaranya ialah kecacatan kederiaan,
kecacatan motor dan epilepsy. Sebahagian daripada orang ynag terencat akal akan
mengalami kecacatan penglihatan atau pendengaran . Kecacatan motor yang mungkin
terdapat termasuklah spastisiti, ataksia dan atetosis . Epilepsi biasanya
berlaku dalam kes-kes kerencatan yang tinggi atau yang teruk sahaj iaitu
apabila terdapat kerosakan otka yang jelas .
2.
Dari segi perkembangan mental mereka yang
terencat akal mempunyai kemahiran yang tidka menentu dan mereka mempunyai tahap
intelektual ynag berbeza-beza. Mereka juga menunjukkan prestasi yang rendah
dalam semua jenis tugas seperti pembelajaran, ingatan, penggunaan konsep dan
penyelesaian masalah . Mereka mudah lupa akibta hilang ingatan seketika dan
gemar bertanya soalan yang berulang-ulang atau menceritakan sesuatu yang
berulang kali .
3.
Mereka yang mengalami kerencatan akal akan
menghadapi kesulitan didalam perkembangan sosial daripada perkara-perkara
berikut seperti memahami hubungan sosial, membentuk tali persahabatan, memahami
fikiran dan perasaan orang lain dan mengekalkan hubungna mata .
4. Dari segi perkembangan emosi dan sahsiah, mereka yang mempunyai
kerencatan akal mempunyai tingkah laku yang boleh menimbulkan masalah
pembelajaran biasanya akan dipengaruhi oleh kecenderungan hiperakif, gangguam
perhatian, suka mengikut perasaan, ragam emosi yang kuat berubah, kelemahan
koordinasi pergerakan umum dan lambat memberi gerak balas . Mereka juga
menunjukkan tingkah laku yang bemacam-macam ragam dan pelik, selalu mengalami
perasaan takut dan cemas dan sentiasa mengelka drai bercakap dan bermain
bersama rakan yang lain . Mereka lebih suka bermain secara bersendirian .
5. Implikasi terhadap perkembangan pertuturan atau perolehan bahasa mereka
ini mempunyai tahap kefahaman bahasa yang rendah dan tahap penggunaan bahasanya
terbantut . Bahasa mereka juga agak ganjil dan sukar difahami . Mereka yang
terencat akal ini akan mengalami kesulitan dalam memahami pertuturan, kesulitan
memahami isyarat ( badan, tangan, mimik muka ), kesulitan dalam mengguankan
bahasa, lewat atau tiada langsung perkembangan bahasa dan terdapat juga
echolalia iaitu mengulang percakapan orang lain .
3.10.2
MASALAH KESIHATAN
Faktor-faktor
yang membawa kepada berlakuanya kecacatan terencat akal ini ialah seperti
berikut :
1.
keadaan ganjil kromosom
2.
vairus
3.
penyakit kuning
4.
encephalitis
5.
otak dalam keadaan luar biasa ( Deformation )
dan bayi itu tidak sedakan diri apabila dilahirkan * Kebanyakkan susah untuk
mengesan apa yang menyebabkan kecacatan akal .
3.11 MASALAH TINGKAH LAKU
3.11.1
Apakah Tingkah Laku
Tingakah laku bermaksud
perangai, gerakgeri, kelakuan, perangai atau perbuatan. Ia dilakukan oleh
individu atau seseorang apabila individu berkenaan apabila berasa mahu
melakukannya setelah menerima arahan-arahan dari sistem saraf pusat iaitu otak
. Tingkah laku merupakan gerakan-gerakan fizikal yang dapat diperhatikan .
Tingkah laku juga dapat menggambarkan keadaan emosi seseorang sama ada ia gembira,
sedih atau sebagainya.
3.11.2 Apakah
‘Normal’
Normal pula membawa
pengajaran sesuatu keadaan atau suasana yang biasa berlaku atau perkara yang
sememangnya sepatutnya terjadi sebagaimana yang dikehendaki mengikut norma-norma
yang tertentu . Jika sekiranya ia tidak
berlaku, ataupun jika ia berlaku tetapi ia tidak mengikuti garis panduan yang
tersedia maka ia dianggap telah terpesong atau terkeluar dari kebiasaanya ia
berlaku .
3.11.3 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tingkah Laku Normal
Tingkah laku normal adalah perangai, kelakuan, perbuatan dan gerakgeri
yag kebiasaanya dilakukan oleh setiap kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat
perkembangan dan pencapaiannya yang berdasarkan kepada umur masing-masing .
Melalui pemerhatian
tingkah laku yang telah dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran, maka dapat dilihat bahawa tingkahlaku-tingkahlaku yang dipamerkan
oleh mereka telah dianggap terpesong dari tingkah laku yang di anggap normal .
3.11.4 Apakah Tingkah Laku Terpesong
Keseluruhan semua tingkah laku yng dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah
pembelajaran ini juga dilakukan oleh kanak-kanak normal yang lain . Nmaun
tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini
dianggap terpesong kerana perkara-perkara berikut :
1.
Jangka Masa Tingkah Laku Berlaku
Tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak beramsalh pembelajaran pada
kebiasaanya memakan tempoh masa yang agak lama dari kanak-kanak normal .
Contohnya , Saiful kalau ia menangis memakan masa untuk berhenti , malah
kadang-kadang denagn aktiviti-aktiviti yang lain kerana ia akan menjadi lebih
marah . Berbeza dengan kanak-kanak normal ia berlaku sekejap sahaja dan akan
pulih bila ia dipujuk atau bila telah tertarik dengan perkara-perkara lain .
2.
Kekerapan Tingkah Laku Berlaku
Bagi aknak-kaank yang bermasalah pembelajaran tingkahlaku-tingkahlaku
yang bersifat negative telah kerapberlaku dari tingkahlau yang bersifat
positif. Umpamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih kerap mengalami
‘tantrum’ dari kanak-kanak normal . Ini disebabkan mereka tidak dapat mmbuat
altenatif lain untuk mengatasi sesuatu perkara yang berlaku ke atas dirinya .
Terutama jika ia merupakan sesuatu masalah kepada mereka . Bagi mereka ini
merupakan jalan atau cara yang berkesan dan mudah untuk berkomunikasi dengan
orang lain .
3.
Kesesuaian Dan Ketidaksesuaian Waktu Berlaku
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seringkali melakuakn
tingkahlaku-tingkahlaku ini bersesuaian dengan waktu, masa, ketika dan suasana
. Contohnya dalam situasi pembelajran yang berlaku sepatutnya saiful bolrh
duduka beri tumpuan keapda apa yang gurunya sampaikan . Tetapi adalah
sebaliknya yang berlaku . Ataupun dalam suasana yang gembira, riang dan seronok
contoh ketika ada parti hari lahir, tiba-tiba saja ia boleh menjerit dan
menangis dan sebagainya . Kanak-kanak ini tidak dapat mengadaptasikan
tingkahlaku yang akan dilakukannya deangna keadaan persekitarannya . Mereka
akan melakukan tanpa menghiraukan apa yang sedang terjadi di persekitaranya .
4.
Tingkahlaku Tidak Selaras Dengan Umurnya
Didapati tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalh
pembelajaran ini tidak selaras dengan umur mereka. Kebiasaanya walaupaun umur
mereka telah mencapai 7, 8 ,dan 9 tahun , tetapi mereka masih lagi menunjukkan
sikap atua sifat seperti kanak-kanak yang berusia dalam 4 tahun . Mereka masih
lagi manja tidak suka berdikari tiada perasaan marah ataiu bercakap sendiri dan
sebagainya yang sepatutnya tidak lagi dilakukan oleh mereka dalam usia sebegitu
. Mereka juga sering mengamuk bila kehendaknya tidak dituruti . Sepatutnya
mereka telah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk .
5.
Lambat Memberikan Respon
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat memberikan respon kepada
rangsangan-rangsangan yang diberikan . Mereka tidak menunjukkan perasaan minat
atua tertarik keapda sesuatu pada pandangan kali pertama. Walaupun ia anggap
menarik oleh mereka yang normal . Contohnya Saiful, ia tidak akan memberikan
perhatiannya kepada gurunya jika sekiranya gurunya tidak merangsang dengan
benda-benda yang diminatinya terlebih dahulu .
Keadaan ini berlaku kerana sistem saraf pusat iaitu tidak dapat
berfungsi secara optimum kerana telah mengalami masalah seperti kerencatan di
bahagian yang tertentu,berlainan dengan otak kanak-kanak yang normal. Oleh yang
demikian ia tidak dapat memberikan maklumat yang tepat kepada emosi dan
tigkahlaku kanak-kanak berkenaan
3.12
MASALAH KECACATAN MULTIPAL ATAU MASALAH BERGABUNG
Kanak-kanak jenis ini mempunyai dua atau beberapa kecacatan . Ini
termasuklah cacat penglihatan dan pendengaran iaitu buta dan pekak, terencta akal
dan ‘cerebralpalsy’, ‘aphsia’ dan pekak dan lain-lain gabungan kecacatan lagi .
Gangguan psikologi adalah kecacatan tambahan lagi kanak-kanak ini, yang timbul
akibat dari kekecewaan disebabkan oleh kecacatan multipal itu . Di antara kes
yang serius ialah mereka yang mengalami kecacatan dua atau lebih daripada dua
pancarindera . Keadaan ini disebabkan sumber rangsangan kanak-kanak itu kurang
berfungsi dengan baik . Mangsa kecacatan ini yang sangat terkenal ialah Helen
Keler .
Kanak-kanak
perkembangannya dihalang oleh ‘cerebral palsy’ dan terencat sama ada disebabkan
buta atau pekak, mempunyai peluang yang terhad untuk mempelajari sesuatu
perkara dan tidak mampu untuk menolong diri mereka sendiri .
3.13 MASALAH
PENDENGARAN
Seseorang yang cacat pendengaran
selalunya disalah anggap sebagai seorang yang normal kerana kecacatan mereka
tidak ketara tidak seperti mana seorang yang Lumpuh, buta atau spastik.
Seseorang yang buta dan pekak menyatakan jika di beri peluang memilih di antara
buta dan pekak , mereka lebih rela memilih sebagai sebagai seorang yang buta.
Jika seseorang itu di lahirkan tanpa kecacatan
pendengaran, dia akan mampu untuk bertutur. Sebaliknya jika dia dilahirkan
dengan cacat pendengaran, tentu perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan
terganggu atau lambat. Keadaan semakin parah jika sekiranya kanak-kanak
tersebut langsung tidak mendengar dan sudah pastinya dia tidak akan dapat
bercakap. Ini kerana sejak di lahirkan, salah satu cara untuk kanak-kanak
belajar mengenal alam sekeliling ialah melalai pendengaran.Apabila umur semakin
meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar bercakap dan membentuk bahasanya
sendiri.Kebanyakan yang cacat pendengaran bertutur bukanlah di sebabkan oleh
alat suara mereka rosak tetapi disebabkan mereka tidak dapat menyebutkan kerana
tidak pernah mendengar.
Kecacatan pendengaran boleh
dibahagikan kepada empat jenis iaitu;
1.
Cacat Pendengaran
Penerimaan
Kehilangan pendengran
penerimaan ialah apabila getaran tidak boleh sampai ke bahagian dalam telinga yang
mungkin disebabkan lubang telingan tersumbat, luka pada gegendang telinga atau
tidak mempunyai lubang telinga. Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah
tenat dan penggunaan alat pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh
memulihkan pendengaran yang rosak itu.
2.
Kecacatan Pendengaran
Pengamatan.
Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat
deria selalunya lebih tenat. Ini di sebabkan oleh kerosakan bahagian dalam telinga
atau kecacatan saraf telinga yang menghantarnya utusan kebahagian otak.
3.
Cacat Pendengaran Pusat
Kecacatan pendengaran pusat pula apabila
organ pendengaran berfungsi secara betul tetapi system urat saraf pusat tidak
bergerak dengan betul atau cedera.
4.
Cacat Pendengaran
Psikogenik
Kecacatan pendengaran psikogenik ialah satu
keadaan apabila organ-organ penerimaan termasuklah urat saraf pusat berfungsi
dengan baik tetapi pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana gannguan
emosi yang terpenda
Daripada huraian di atas,
secara umunnya kecacatan pendengaran boleh di bahagikan kepada dua kategori
iaitu:
A. Pekak – mereka yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi.
Kecacatan ini dialami sama ada sebelum atau selepas di lahirkan.
B. Separa pekak—walaupun deria dengar mereka rosak tetapi boleh berfungsi
sama ada dengan alat bantuan pendengaran atau tidak.
Terdapat berbagai-bagai
darjah atau peringkat cacat pendengaran iaitu dari peringkat yang rendah kepada
peringkat yang tenat. Bagi mengetahui darjah pendengaran, sejenis alat mengukur
yang dipanggil audimeter digunakan. Unit yang di gunakan bagi menjelaskan
kekuatan bunyi ialah desibel (dB). Jika peringkat kecacatan pendengaran
seseorang yang tenat, nilai desibelnya lebih tinggi.
Kadang-kadang cacat
pendengaran pada pelajar tudak diketahui oleh ibu bapa sehinggalah kanak-kanak
bersekolah. Guru juga tidak menyedari keadaan ini dan mungkin menyalahkan
anggap pelajar itu mempunyai masalah pembelajaran perenggan baru.Cacat pendengaran boleh
diklasifikasikan seperti berikut
1.
Ringan (mild)- kehilangan pendengaran
20-40(decibel)
2.
Seherhana (moderete) – kehilangan pendengaran
40-70(decibel)
3.
Teruk(severe) – kehilangan pendengaran
70-95(decibel)
4.
Amat teruk (profound)- kehilangan pendengaran
melebihi 95(decibel)
3.13.1 Kecacatan pendengaran ringan (mild)
20-40 (decibel)
Pada peringkat pendengaran ini menunjukkan
kehilangan pendengara
yang sedikit. Mereka ini menghadapi masalah mendengar
perbualan yang perlahan. Kanak-kanak ini dapat menbentuk pertuturan dan bahasa
yang normal jika mendapat amplikasi bunyi yang sesuai.
3.13.2 Kecacatan pendengaran sederhana
(moderete) 40-70(dB)
Tahap sederhana pula ,kanak –kanak dapat
memahani pertuturan
terutamanya apabila terdapat bunyi latar.Ini
boleh menpengaruhi perkembangan pertuturan dan bahasa jika mereka tidak dapat
dipasang dengan alat bantuan pendengaran seawal mungkin. Apa yang lebih penting
pada tahap ini ialah perlunya ada latihan agar mereka dapat mengetahui
perbezaan bunyi pertuturan.
3.13.3 Kecacatan pendengaran teruk (severe)
70-95 (dB)
Tahap 70 ke 95 dB adalah tahap yang teruk.
Pada tahap ini mereka tidak dapat mendengar bunyi pertuturan yang normal.
Dengan bantuan alat bantu dengar maka ia boleh membesar bunyi pertuturan yang
tertentu dan membantu memahami pertuturan. Mereka menghadapi masalah mengenai
pertuturan dan kualiti pertuturan.
3.13.4 Kecacatan pendengaran yang amat teruk
(profound) melebihi 95 ke atas
Tahap melebihi 95 dB ke atas pila ialah tahap
kepekakkan yang sangat teruk sekali. Pada tahap ini mereka menghadapi masalah
besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Keberkesanan penggunaan alat bantu
dengar ini bergantung kepada individu. Mereka ini menghadapi masalah yang teruk
dalam penguasaan pertuturan dan bahasa.
Sekerapan dimensa bunyi boleh disamakan
dengan nada. Lagi lebih kekerapannya maka lagi tinggilah nadanya. Inimpula
diukur menggunakan cycles (bilangan getaran) dalam satu saat. Nada yang rendah
sekali dari piano mempunyai kekerapan 27 cycles satu saat dan nada yang tinggi
sekali ialah 4000 cycles sesaat. Walau bagaimanapun, telinga manusia boleh
mendengar bunyi-bunyi yang mempunyai kekerapan antara 20 hingga 20,000 cycles
satu saat.
Dalam hal yang sedemikian, seseorang yang lemah pendengaran mungkin
mendengar hanya sebahagian daripada satu satu perkataan kerana vokal –vokal
tergolong kepada bunyi kekerapan jangka rendah dan oleh itu, senang untuk
menbezakan melalui pendengaran. Manakala
beberapa konsonan yang mempunyai kekerapan tinggi misalnya ‘s’ akan melemahkan
kefahaman pertuturan kanak-kanak itu. Oleh itu, kehilangan pendengaran bagi
seseorang itu boleh ditunjukkan di atas audiogram mengikut keintensifannya
(dalam unit decibel) dan kekerapan (beberapa cycles dalam satu saat) dengan
menggunakan alat jangka oudio ton jati.
3.13.5 TAHAP DAN CIRI
PENDENGARAN
Tahap
|
dB
|
Ciri-ciri
Pendengaran
|
1
|
0-24
|
Pendengaran normal
|
25-35
|
Sukar mengencam suara,
diskriminasi
|
|
36-54
|
Masalah bunyi lembut,
cakap jauh
|
|
2
|
55-69
|
Masalah suara kuat dan
perlahan / perbualan telefon
|
3
|
70-79
|
Boleh kenal vokal tapi
masalah konsonan
Boleh dengar jeritan kuat
Masalah pertuturan tanpa
terapi
|
4
|
>90
|
Pekak teruk
Maalah bahasa dan pertuturan
teruk
|
Kanak –kanak yang mengalami
kehilangan pendengaran menunjukan tanda-tanda berikut
· Selalu kurang tumpuan .
· Selalu gagal bertindakbalas terhadap pertuturan orang lain, terutamanya
dalam
situasi bising
· Selalu minta orang mengulangi apa yang telah di sebut
· Selalu maju rapat kepada penutur
· Selalu memberi perhatian kepada muka penutur.
· Selalu memberi jawapan yang tidak kena kepada soalan
· Sering meninggalkan beberapa bunyi daripada pertuturnya atau
menggantikan
bunyi-bunyi lain.
· Mempunyai suara yang terlalu lembut dan kuat.
· Berindakbalas lambat terhadap arahan
· .lemah tatabahasa.
· Menghadapi masalah mengulangi apa yang didengar
· Menghadapi masalah menentukan arah bunyi.
· Selalu menghahapi telinga berair, selsema, sakit tekak.
3.13.6 Langkah-Langkah Pencegahan
Langkah pencegahan bermula
sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi. Pencegahan awal dapat membantu
mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan pendengan. Langkah pencegahan
yang paling awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung. Rawatan ini
berbentuk imunisasi yang diberikan kepada semua golongan remaja dan wanita.
Imunisasi ini disebut sebagai Imunisasi Rubella. Ia disuntik kepada remaja yang
berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan daripada jangkitan
Rubilla(German Measles) yang menyerang ibu mengandung tiga bulan pertama.
Pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan juga turut menyumbang kepada
berlakunya masalah kehilangan pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut
menyebabkan pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu
dilahir normal namun itu tidak menghalang daripada terjadinya masalah
kehilangan pendengaran ini.
Faktor
keadaan fizikal dan alam sekitar juga antara penyebab terjadinya masalah
kehilangan pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan penggunaan
Plumbum di dalam penghasilan pensil dan cat air.penggunaan pewarna ini turut
digunakan didalam penghasilan barang permaianan kanak-kanak. Pendedahan yang
berterusan kepada agen-agen kimia yang merbahaya ini boleh mengakibatkan
pelbagai implikasi.
Selain daripada faktor-faktor di atas, kemalangan
juga memberi kesan kepada deria pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang
sangat sensitive.Ini kerana organ yang dikenali koklea merupakan organ
terpenting bagi membolehkan seseorang itu mendengar. Ia merupakan organ yang
kecil, sensitive, dan kedudukan yang hampir dengan otak dan saraf muka.
Sebarang kecederaan pada bahagian ini boleh mengakibatkan masalah kepekakan
yang serius. Namun ,sekiranya seseorang itu dilahirkan pekak, masih ada peluang
untuk sembuh seperti normal. Salah satu cara ialah menerusi implan koklea.
Implan ini bagi menghasilkan rangsangan pendengaran dan meningkatkan kebolehan
bertutur. Pengesan awal mampu membantu mereka bertutur berbanding lewat
diketahui. Jika lewat diketahui maka proses pemulihan agak sukar kerana tengkorak
dan lidah mereka terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh menyebabkan ia menjadi
keras dan tidak mampu mengeluarkan bunyi untuk menghasilkan percakapan. Jika
masalah pendengaran dikenalpasti seawall tiga bulan, mereka diberikan alat
bantuan pendengaran dan pembedahan koklea dalam telinga mengikut tahap
kecacatan pendengaran yang dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya pendedahan
mengenai pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui golongan yang
menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar semula.
3.13.7
SEBAB-SEBAB KEHILANGAN PENDENGARAN.
3.13.7.1 .Sejarah keluarga
Terdapat beberapa sebab
kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh Hallahan dan Kauffman(1977)
iaitu sebelum, semasa, atau selepas kelahiran.
a) Sebelum Kelahiran
Terdapat beberapa factor
yang menyebabkan gejala ini berlaku sebelum kelahiran seperti factor baka
disebabkan oleh gen yang dibawa ibu bapa. Manakala factor bukan baka pula
disebabkan oleh jangkitan semasa mengandung seperti Rubella, Meningitis, campak,
beri-beri, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, pengambilan dadah dan
alkohor yang berlebihan, mengandung yang terlalu kerap dan Toksemia di
peringkat akhir mengandung turut menyumbang kepada gejala ini.
b) Semasa Kelahiran
Faktor semasa kelahiran
pula berlaku disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan,tekanan yang
terlalu kuat terutama pada bahagian telinga kerana kepala bayi terlalu lama
dipintu rahim, kecederaan semasa dilahirkan terutama dibahagian telinga,
penyakit Homolisis yang disebabkan oleh factor Rd darah, dan barat badan bayi
semasa lahir kurang daripada 1.5 kilogram.
c) Selepas
kelahiran
Bagi
selepas kelahiran pula disebabkan oleh kemalangan yang mencederakan bahagian telinga,
pengambilan antibiotik seperti streptomein dll,terdedah kepada bunyi yang
terlalu kuat, terdedah kepada bahan kimia seperti plumbum yang terdapat dalam
pensil warna,dan penyakit berjangkit yang dibawa oleh bacteria dan virus
seperti begok, deman campak, demam panas,dan sebagainya,
d) Hyperbilirubinaemia
Ianya
berlaku melibatkan komplikasi yang terdapat dalam factor Rd darah iaitu kurang
merbahaya pada kandungan pertama seterusnya antibody mencukupi akan terbentuk
pada kandungan kedua atau ketiga untuk merbahayakan fetus( Fundenberg et
al.,1980) mengakibatkan , erythroblastosisi fetalis akan berlaku iaitu sel
darah fetal rosak. Ini membari kesan kepada
otak bayi, selain keadaan kepekaan, cerebral palsy, aphasia dan
retardation juga boleh berlaku.
e) Meningitis
Penyakit teruk yang disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan
tulang belakang menjadi bengkak dan merah. Walaupun kebanyakan kes meningitis
kehilangan pendengaran disebabkan jangkitan bekteria, meningisti juga boleh
disebabkan oleh virus. Kadar penyumbang
meningitis kepada kepekakan telah berkurangan namun mereka berisiko untuk
mendapat kecacatan neurological yang teruk selain daripada kepekakan.
3.14 Masalah Penglihatan
3.14.1
Definisi Masalah Penglihatan
Menurut Hewett (1974) Pengelihatan
seseorang 20/200 atau kurang. Kecacatan penglihatan yang tidak sempurna berlaku
apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. harifah
Zaharah (1985) berkata masalah pengelihatan ialah penglihatan terhad atau rabun
iaitu seseorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan
terang.
3.14.2
Punca-Punca BermasalahPenglihatan
1.
47% disebabkan jangkitan semasa lahir
2.
33% akibat keracunan
3.
7-8% akibat kemalangan
3.14.3
Jenis-Jenis Masalah Penglihatan
1.
Miopia (rabun dekat)
2.
Hiperopia (rabun jauh)
3.
Astigmatisme
4.
Rabun malam
5.
Rabun warna
3.14.4 Tanda-Tanda Timbulnya Masalah Mata
3.14.4.1 TINGKAHLAKU
i) Menggosok-gosok mata
dengan keterlaluan.
ii) menutup atau melindungi
sebelah mata , mengenyetkan
kepala atau mendorong kepala ke depan.
iii)mengalami kesulitan
membaca atau membuat kerja-kerja lain yang memerlukan penggunaan mata dengan rapi.
iv)mengedip-ngedip mata
lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasa jengkel apabila membuat kerja
yang memerlukan penglihatan rapi.
v) memegang buku rapat pada
mata.
vi)tidak dapat melihat
benda-benda yang jauh dengan jelas.
vii)mengecilkan mata
(merapatkan kelopak mata) atau
mengerutkan dahi.
3.14.4.2
RUPA
i) bermata juling.
Biasanya antara sebab mata
juling ini adalah disebabkan oleh rabun dekat yang terlalu teruk ataupun oleh
penyakit barah.
ii)kelopak mata merah.
Tahap penglihatan anak
adalah amat sensitif ketika tahun-tahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika
berusia 4 dan 5 tahun.
iii)mata yang radang atau
berair.
3.14.3
KOMPELIN
i)mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal.
ii)tidak dapat melihat
dengan jelas.
iii)pening kepala (rasa pening),
sakit kepala atau rasa loya (mual) berikutan daripada kerja yang banyak memerlukan penglihatan rapi.
iv)penglihatan kabur atau
berganda.
Bagi katarak, ia disebabkan
oleh pengaburan kanta mata yang mengakibatkan penglihatan menjadikabur. Pada kanak-kanak,
keadaan ini dinamakan katarak konginental (katarak sejak lahir) danpenglihatan
bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas. Dr. Abdul Aziz Al-Aklbar bin
Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan mata diperingkat awal
amat mustahak kerana jika terlambat terutamanya selepas anak berusia 10
tahun,rawatan yang diberikan mungkin memakan masa kerana ia berkait rapat
dengan perkembangan otak.Selepas 10 tahun, perkembangan otak manusia sudah
tetap jadi sukar untuk kita merawat penyakittersebut dengan sepenuhnya."
4. KESIMPULAN
Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan
jenis kecacatan atau kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu
dari segi fizikal, mental, emosi, dan tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan
khas ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu murid-murid cacat pendengaran,
cacat penglihatan, bermasalah pembelajaran, bermasalah tingkah laku, bermasalah
pertuturan, murid spastic, terencat akal, cerdas pintar dan cacat anggota.
Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan
bahawa setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi
mengatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak
menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka. Keputusan yang telah
diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia
bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong
sepenuhnya. Oleeh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi
semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi
fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha
mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan
pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana
murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan
normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid khas ini.
Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini
amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah
lama diskriminasi kepada golongan ini wujud kerana kegagalan masyarakat
menyedari akan bakat dan pontensi gologan ini. Tetapi lebih malang lagi masih
terdapat gologan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan
dan kecacatan yang terdapat pada golongan ini. Masyarakat perlu membuat segala
usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan
khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan
serta penyesuaian daripada gologan berkerluan khas menurut segala kehendak
masyarakat.
5.
BIBLIOGAFI
Jabatan
Pendidikan Khas(1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur ; Kertas yang
tidak terbitkan.
Pekeliling kewangan Bil 2/91-KP 1573/17L jid 8(78) bertarikh 11 Februari 1991
Pekeliling kewangan Bil 3/1995 bertarikh 11 januari 1995
Surat
Siaran Jabatan Pendidikan Khas, KP/JPK/BPKPK/09/03/1(43)
Surat
Pekeliling Bahagian Sekolah-Skolah
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS)8502/5/PK/Jid. V26 bertarikh 18 januari 1986
Surat
Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS)8502/5/PK/Jid V34 bertarikh 30 jun
1989
Peraturan-Peraturan
Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS)1997 [KP(PUU)S 10075/07/I/ Jid.II,PN(PU2)569]
No comments:
Post a Comment