http://qalamiytm.blogspot.com/
QalamiyTM adalah sejenis alat pemegang pensel yang boleh membantu
pelajar untuk menulis dengan baik. Ia dihasilkan untuk para pelajar di
peringkat awal persekolahan sebagai alat bantuan mengajar bagi melatih
mereka menggenggam dan memegang pensel dengan cara yang betul. Tujuan
utama alat ini dicipta adalah untuk kanak-kanak pendidikn khas yang
mempunyai masalah untuk menulis dengan betul. Namun begitu terdapat
ramai kanak-kanak awal persekolahan yang normal juga menghadapi masalah
yang sama, malahan kekal menjadi tabiat sehingga dewasa. Reka bentuk
QalamiyTM adalah diadaptasi daripada gabungan elemen ergonomic dan
terapi pengurutan bagi membantu pelajar khususnya pelajar pendidikan
khas yang mengalami masalah genggaman pra-matang untuk memegang alat
tulis menggunakan alat genggaman pensel QalamiyTM. Penghasilan Produk
ini telah di sokong oleh 38 ahli profesional dalam bidang Pendidikan
Khas. QalamiyTM merupakan salah satu produk hasil R & D dan Harta
Intelek Universiti Kebangsaan yang ingin dikomersialkan oleh UKM
Teknologi Sdn Bhd. Produk ini direka khas oleh Prof. Madya Dr. Mohd
Hanafi Mohd Yassin iaitu Pensyarah Pendidikan Khas dan Penyelidik
Universiti Kebangsaan Malaysia. Sehubungan itu, IMTEQ TECHNOLOGIES SDN
BHD (ITBS) telah ditubuhkan pada tahun 2014. Projek QalamiyTM adalah
merupakan projek pertama ITBS yang diberi lesen oleh pihak UKM Teknologi
Sdn Bhd untuk mengendalikan proses pengilangan dan pengeluaran. Selain
itu, IMTEQ SOLUTION SDN BHD merupakan syarikat yg telah dilantik oleh
ITSB untuk berfungsi sebagai 'Marketing Arm' di dalam aktiviti Pemasaran
dan Jualan. .QalamiyTM juga telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta
Intelek Malaysia AKTA Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan
Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1990.
1. ALAT BANTU BRAINPORT
1. ALAT BANTU BRAINPORT
Alat bantu penglihatan Brainport ialah sejenis alat yang
membantu golongan yang buta dan golongan yang mempunyai masalah penglihatan
untuk melihat. Brainport merupakan prototaip yang masih lagi dalam tempoh
kajian dan tidak dijual di mana-mana negara. Penggunaannya pada masa sekarang
adalah terhad kepada kajian penyelidikan iaitu untuk mengkaji persepsi
penglihatan. Kajian penyelidikan ini dijalankan di sekitar Amerika Syarikat.
Brainport telah dicipta oleh seorang saintis daripada
Universiti Pittburg. Alat ini menggunakan teori yang sama seperti koklea
implant iaitu kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan
diproses oleh cip. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang
diterima kepada rangsangan elektrik. Rangsangan elektrik yang dihasilkan akan
dihantar ke otak melalui lidah. Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini
dalam bentuk visual seterusnya dan akan diarahkan ke visual kortex untuk
membolehkan individu tersebut melihat. Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan
tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan
adalah berbentuk pixel dan polygon.
2. BRAILLE SENSE PLUS
Braille Sense PLUS ialah sejenis alat yang digunakan untuk
membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan
kekunci Braille. Saiz alat ini adalah kecil dan mempunyai reka bentuk yang
menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai fungsi
antaranya ialah “word processor”, “web browser”, “schedule manager”, dan “media
player”. Alat ini juga mempunyai perisian internet yang membolehkan
penggunannya menghantar e-mel dan boleh dihubungkan kepada komputer menggunakan
USB, memori CF dan Bluetooth. Selain itu, kemudahan audio seperti MP3, MP4, WAV
yang dilengkapi dengan set kesan bunyi seperti “BassBoost”, gema dan kesan 3D.
Perisian audio ini juga membolehkan pengguna untuk merakam suara.
Alat ini adalah sangat mahal dan tidak terdapat di Brunei
dan hanya boleh didapati di negara-negara yang maju seperti Jepun, Kanada,
German, dan Perancis. Alat ini sangat membantu terutama kepada golongan OKU
penglihatan yang menggunakan medium Braille kerana alat ini memang direka khas
untuk mereka dan memudahkan mereka di tempat kerja atau belajar. Hal ini
demikian kerana, alat ini boleh menterjemah tulisan Braille kepada tulisan
biasa.
3. BRAILLE E-BOOK
Frenchman Louis Braille merupakan
seorang insan yang menjadi pencetus kepada kehidupan OKU masalah penglihatan
apabila beliau mencipta Braille pada tahun 1982 bagi membolehkan golongan yang
mempunyai masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan sastera yang sebelum
ini hanyalah mimpi bagi mereka. walau bagaimanapun pencetakan tulisan Braille
adalah tidak sesuai untuk teks yang panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu,
sekumpulan pereka telah berusaha untuk mengatasi maslah yang dialami oleh mereka.
Seon-Keun Park, Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu
alat baru yang inovatif iaitu “Braille E-Book”. Braille E-Book ini boleh
digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip yang besar yang membantu untuk
menjimatkan ruang dan kos. Braille E-Book, menggunakan teknologi EAP yang
berfungsi untuk mengubah bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik.
Walau bagaimanapun, alat ini tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana
harga pasaran yang tinggi.
4. VOICE STICK
Voice Stick telah dicipta oleh
Sungwoo Park. Voice Stick ini mempunyai bentuk yang kecil dan ringan
menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana. Alat ini akan “membaca” teks dengan
kuat. Teknologi OCR akan mengimbas perkataan dan menukarkannya serta
menterjemahkan perkataan kepada teks. Kemudian perisian untuk menterjemahkan
teks kepada suara digunakan untuk membolehkan golongan masalah penglihatan
membaca surat khabar, buku dan sebagainya. Alat ini menggunakan prinsip yang
sama seperti alat terjemah bahasa. Ianya boleh didapati di USA, Canada, kawasan
barat Eropah dan beberapa Bandar besar di sekitar Asia dan Amerika Latin.
5. KAMERA BRAILLE POLAROID
Alat ini telah dicipta oleh Son
Seunghee, Lee Sukyung, dan Kim Hyunsoo. Alat ini membolehkan golongan yang
bermasalah penglihatan terutamanya yang buta untuk mendapatkan gambaran tentang
sesuatu objek dan merakamkan kenangan mereka melalui gambar seperti orang
tipikal yang lain. Pereka alat ini telah memenangi anugerah Red Dot design
concept pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, produk ini masih berada dalam
peringkat konsep dan belum terdapat di pasaran. Produk atau alat ini
menggunakan prinsip yang hamper sama dengan kemera conventional tetapi gambar
yang dihasilkan adalah dalam bentuk timbul bagi membolehkan orang yang
mengalami masalah penglihatan untuk merasai tekstur gambar tersebut.
6. TONGKAT MYGO
Sebastian Ritzler, ialah pelajar
reka bentuk di Jerman yang telah mencipta tongkat putih beroda yang dipanggil
Mygo. Mygo menggunkana “sensor-kamera” untuk mengukur permukaan lantai di
bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda yang
berada di bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu
pengguna berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui gengaman. Ketinggian
tongkat ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian, tahan lasak dan kalis air.
Menggunakan bateri lithium-ion yang bertahan selama 6 jam. Tongkat ini berharga
$200.
7. B&D MESSANGER
B&D
messenger mempunyai saiz yang kecil, ringan dan murah. Produk ini direka khas
untuk pengguna yang menghadapi masalah penglihatan dan/atau masalah pendengaran
untuk memudahkan mereka berkomunikasi sesama sendiri mahupun dengan pengguna
telefon bimbit biasa. B&D Messenger ini terdiri daripada LCD, papan kekunci
standard numerik, dan papan panel huruf Braille. Untuk menggunakannya, B&D
Messenger ini harus terhubung ke sebuah komputer yang seterusnya akan
menerjemahkan bahasa Braille menjadi teks biasa, mahupun sebaliknya bergantung
kepada keperluan. Untuk individu bermasalah penglihatan, butang Braille yang direka
khas boleh digunakan untuk menulis mesej manakala untuk membaca mesej pula
mereka boleh memilih sama ada ingin membaca mesej tersebut dalam Braille
ataupun diterjemahkan dalam bentuk pertuturan
8. JAWS SOFTWARE
JAWS
atau Job Access With Speech ialah program pembaca skrin komputer dalam
Microsoft windows yang membolehkan golongan masalah penglihatan atau buta untuk
menggunakan komputer sama ada menggunakan perisian teks ke pertuturan atau
“Refreshable Braille Display”. Perisian ini menyokong semua jenis windows
termasuk windows XP. Terdapat 2 versi program iaitu standard dan profesional.
Versi standard berfungsi dengan sistem operasi home windows biasa dan dijual
pada harga US$895 manakala versi profesional berfungsi untuk semua sistem
operasi dan dijual pada harga US$1095. Walaubagaimanapun, terdapat versi crack.
9. APPLE IPAD
Teknologi-teknologi keluaran
Apple telah menitikberatkan keperluan golongan berkeperluan khas terutamanya
golongan masalah penglihatan. Alat-alat keluaran Apple seperti iPad dan iPhone
telah menggunakan beberapa perisian untuk memudahkan golongan kurang upaya
untuk menggunakan alat ini seperti kebolehan untuk menambah saiz teks, pilihan
untuk menukar warna latarbelakang dan perisian suara untuk membacakan perkataan
yang terpapar di screen. Alat keluaran Apple boleh didapati di pasaran negara
kita mengikut harga semasa.
No comments:
Post a Comment