Monday, 8 December 2014

Tokoh-tokoh Teknologi Pendidikan ^-^

Tokoh-tokoh Teknologi Pendidikan
1. Edward L. Thorndike (1874-1949)
download

  Menghasilkan sejumlah “Hukum Belajar”. Diantaranya Law of Effect. Menurut hukum itu belajar akan lebih berhasil jika        respon murid terhadap suatu stimulus segera disertai dengan rasa senang atau rasa puas disebut reiforcement. Reiforcement memperkuat hubungan stimulus dengan respon.

2. Sidney L. Pressey
lll

Menghasilkan program pendidikan yang terdiri dari serentetan tugas yang disebutnya software dan disamping itu ia juga menghasilkan teaching machine sebagai hardware, dengan menggunakan test objektif dengan lembar jawaban yang dapat diperiksa sendiri secara otomatis



3. Ivan Pavlon (1849-1936)
download (1)

  Menghasilkan percubaan dengan ajing untuk mempelajari proses belajar secara ilmiah dengan memberikan    stimulus. Misalnya anjing diberikan makanan sebagai stimulus pertama lalu anjing mengeluarkan air liur kerana ingin makan. Stimulus kedua anjing diberikan makan sekaligus diberikan tanda loceng, lalu ditiadakan kemudian diamati, hasil perilakunya bagaimana



4. B.F. Skinner
download (3)


Menghasilkan teori conditioning dengan menerapkan stimulus juga yang kemudian Skinner menghasilkan teori yang terkenal dengan sebutan Linear programming (programmed learning).


5. Norman C. Crowder
download (4)
Mengadakan variasi dalam pelajaran programa untuk memperhatikan perbedaan individual dengan mengembangkan branching program(program bercabang), ia mengembangkan teori lebih besar dan lebih luas daripada linear programming
Kemudian mucul persepsi menjadi dua pandangan yang bertentangan antar program linear Skinner dengan program bercabang Crowder.


Akan tetapi jika dipelajri sebenarnya tidak ada perbedaan dan semua program berprograma itu bersifat Linear, memang ada diantaranya yang bercabang.
Lalu muncul seorang yang bernama Gordon Pask, yang menggunakan komputer dalam mempelajari berprogram. Komputer lebih mampu untuk menyesuaikan program dengan kecepatan pelajar, baik yang cepat maupun yang lambat.

ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن ر هـ لا ء ي


https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=K7K3B9m2kXM

I LOVE THE WAY TO SAY ALIF BA TAA.. :)

THE POWER OF GIVING IS IN YOUR HAND.. :)








 


Inspiring Power of Giving.. :')
Happy watching and please share..

KERAJAAN UMUM PENUBUHAN YAYASAN TABUNG PIBG NASIONAL








KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Yayasan Tabung PIBG Nasional bagi membantu aktiviti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah seluruh negara.

"Sebagai permulaan, kita peruntukkan sebanyak RM200 juta sebagai dana permulaan dan kita akan cuba dapatkan dana tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta untuk menambah dana ini," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, yayasan itu akan dipengerusikan bersama dengan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Dana itu akan diagih untuk semua sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman," katanya.

Sumber:  http://www.bharian.com.my/node/20538

DEMI MASA!!









PEPATAH Arab menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’ Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas.

Masa sebenarnya adalah nyawa kerana apabila kita diberikan peluang untuk terus bernafas, kita sebenarnya mempunyai masa untuk memperbanyakkan sumbangan dalam kehidupan, memperbaiki kesilapan dan sebagainya.Di dalam al-Quran, apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, maka ia antara lain untuk menggambarkan perkara tersebut sangat penting dan perlu diberi perhatian.
Masa adalah antara banyak perkara yang Allah bersumpah dengannya. Ini membuktikan bahawa masa adalah perkara yang sangat penting. (rujuk al-’Ashr: 1-3)

Malah bukan itu sahaja, sekiranya kita membuka lembaran al-Quran, kita akan dapati di sana terdapat banyak ayat yang menunjukkan Allah SWT bersumpah dengan masa. Antaranya rujuk surah al-Lail: 1-2, adh-Dhuha: 1-2, al-Fajr: 1-2 dan asy-Syams: 1-2.

Namun, apa yang menyedihkan, walaupun telah diperingatkan dengan kepentingan menguruskan masa, berapa ramai di kalangan kita yang lalai dan leka dalam menjaga masanya.
Masa berlalu dengan sia-sia tanpa dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Akhirnya, apabila sudah terlewat, barulah mereka menyesal sehingga meminta untuk diundurkan masa, ibarat kata pepatah ‘Sudah terhantuk baru hendak terngadah.Sayangnya, semua itu adalah mustahil. Ibarat kata pepatah ‘nasi sudah menjadi bubur.’ Penyesalan dan rintihan mereka yang mengabaikan masa di dunia telah dimuatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran sebagai pengiktibaran kepada kita semua supaya benar-benar menghargai masa yang ada. (rujuk al-Munafiqun: 10)

Nabi SAW juga banyak mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga masa. Orang yang tidak mementingkan masa dan tidak menguruskannya dengan baik, pasti akan rugi di dunia dan di Akhirat.
Rasulullah SAW bersabda: Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan. (riwayat al-Bukhari)

Peringatan yang diberikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW ini sebenarnya memberikan penekanan tentang bagaimana kita dapat menguruskan masa dengan lebih efisien dan berdisiplin.
Biasanya, kita akan dapat melihat orang yang paling baik dalam menguruskan masa ialah orang yang paling sibuk. Ini dibuktikan melalui pemerhatian kita kepada kehidupan Rasulullah SAW yang terlalu sibuk menguruskan agenda dakwah serta perjuangannya, menjadi pemimpin di negara Islam Madinah, menjadi ketua turus angkatan tentera, menjadi suami kepada isteri-isteri, menjadi ayah kepada anak-anak, menjadi teman kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.Akan tetapi, Baginda dapat menguruskan masa dengan cemerlang untuk melaksanakan urusan dan amanahnya sehingga semua manusia berpuas hati.

Setiap orang ditunaikan haknya dan tiada yang diabaikan oleh Rasulullah SAW. Lalu, persoalan yang perlu ditanya, adakah kita lebih sibuk daripada Rasulullah SAW sehingga kita mengabaikan sebahagian tanggungjawab kita?

Mudah-mudahan dengan beberapa tip ini akan memberikan garis panduan kepada pembaca untuk menjadikan masa yang digunakan lebih berkualiti.
Semoga kita menjadi orang yang lebih berdisiplin dalam menggunakan masa kerana seperti yang diwasiatkan oleh Al Syahid Hassan Albanna bahawa, “Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada. Oleh itu, bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya.”

http://www.islamituindah.my/urus-masa-dalam-islam