Monday, 24 November 2014

Assalamualaikum W.B.T.. malam nie sungguh sejuk bak hembusan bayu di ruangan PTSL UKM. Ditambah lagi dengan hujan rahmat dari yang Maha Esa.. Syukurku pada Ya Allah..Walaupun dibebani dengan tugasan-tugasan, namun selesa rasanya hendak menyiapkan tugasan malam ini..Kenapa???? Sudah pastinya kerana berbekalkan azam dan semangat yang berkobar-kobar ingin menggapai impian kelak..Ditambah lagi dengan iringan doa dan restu kedua ibu bapa yang jauh di kampung..Dengan kedinginan penghawa dingin dan bunyian unggas-unggas malam menyahut tatkala hujan bercucuran turun, tiba-tiba hati ini sayu terkenan orang tua di rumah..Bagaimanakah keadaan mereka berdua disana??? Adakah sihat semuanya???? Ku harap semuanya sihat sebagaimana aku melihat mereka tatkala menaiki bas untuk kembali belajar dahulu..Ku kirimkan doa buat bonda dan ayahanda tercinta di kampung, moga bonda dan ayahanda sihat, gembira sentiasa di sana walaupun diri ini tiada bersama.




Monday, 17 November 2014



Assalamualaikum W.B.T.. Hari ini 18 November 2014 bertempat di Makmal Komputer 2, kelas Teknologi Pendidikan berjalan seperti biasa. Pada hari ini, kami diajar tentang cara membuat kulit buku yang mana kita boleh menggunakan microsoft power point ataupun microsoft publisher.